YSDOleh Ku Mohd Lufti

Tidak cukup dengan penggantungan, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, PKBM seakan akan tidak belajar daripada kesilapan.

Terkini, PKBM diarahkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk melunaskan bayaran berjumlah RM 288 275.56 kepada Yayasan Sime Darby (YSD).

Hakim bertugas, Siti Noraida Sulaiman mendapati dua tonggak utama persatuan, Datuk Abu Samah Wahab dan Datuk Naim Mohammad melanggar perjanjian penajaan yang ditandatangani pada 2010.

YSD pada 19 April 2010 berstuju unutk menaja tujuh pelumba basikal sehingga 2016, namun persatuan tidak dapat menyediakan dokumentasi tentang halatuju perbelanjaan tajaan yang berjumlah RM 2 juta.

Namun YSD memberikan RM 1.96 juta dan daripada nilai tersebut – RM 1.673 juta yang digunakan atas tujuan yang betul.

Manakala baki RM 25, 106.46 digunakan oleh PKBM atas alasan yuran dan kos pentadbiran, YSD mendapati ia bertentangan dengan apa yang dipersetujui.

YSD turut meminta perincian perbelanjaan wang berjumlah RM 220, 295.86 daripada PKBM.

Malah baki nilai wang tajaan berjumlah RM 42, 873.30 seharusnya dipulangkan semula kepada YSD namun ia gagal dilaksanakan.

PKBM sebelum ini berdepan hukuman penggantungan oleh Pesuruhjaya Sukan kerana menyalahgunakan wang peruntukkan daripada kerajaan, namun penggantungan itu ditarik balik selepas beberapa kesilapan dalam akaun diperbetulkan.

- Advertisement -