Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Penyertaan Kelab Bola Sepak DPMM (DPMM FC) ke Liga Malaysia di Johor Bahru, Johor, pagi tadi.

Perjanjian itu ditandatangani Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Encik Mohd Shazli Shaikh Mohd dan Pengurus Besar DPMM FC, Encik Md Ali Haji Momin sambil disaksikan Presiden MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan dan Pengurus Pemasaran DPMM FC, Encik Momin Md Jaafar.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi; Naib Presiden FAM, Dato’ Dollah Salleh dan Encik Saaran Nadarajah; Exco FAM, Dato’ Zainal Abidin Hassan dan Datuk Mohd Hisamudin Yahaya serta Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Hj Rahman.

Turut hadir Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang juga mantan Presiden FAM, Tan Sri Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) yang juga Bendahari FAM, Dato’ Haji Ismail Karim.

. www.fam.org.my

- Advertisement -