JARINGAN hatrik penyerang kebangsaan Mohd Fitri Saari membantu Terengganu menumpaskanĀ Perlis 6-1Ā sekaligus memastikan kedudukan skuad Pantai Timur itu sebagai pendahulu Kumpulan B Kejohanan Hoki Piala Tun Abdul Razak (Lelaki) di Stadium Hoki Nasional hari ini.

Mohd Fitri Saari mengemudi Terengganu menerusi empat gol – dua dalam tempoh empat minit (ke-11 dan 15) pada suku pertama dan dua lagi pada minit ke-35 dan 57.Ā 

Mohamad Isma Jazlan (minit ke-24 dan ke-39) melengkapkan kemenangan selesa dan tiga mata penuh buat Terengganu menerusi jaringan pada minit ke-24 dan 39 untuk meletakkan Terengganu di tangga teratas Kumpulan.Ā Ā 

Pertembungan akhir menentang Negri Sembilan pada Isnin ini menjadi penentu juara Kumpulan. Negeri Sembilan bagaimanana pun perlu terlebih dahulu melepasi cabaran menentang Melaka esok.Ā 

ā€œKami masih perlu perbaiki beberapa aspek terutama pukulan penalti sudut pada perlawanan seterusnya. Menentang Negeri Sembilan nanti, kami akan pastikan tidak hilang mata dan perlu kekalkan momentum,ā€ kata Fitri Saari.Ā 

Satu lagi perlawanan Kumpulan B menyaksikanĀ MelakaĀ berpesta gol menumpaskanĀ KedahĀ 7-0Ā untuk turut mencabar tempat ke pusingan seterusnya.Ā 

Empat gol pada separuh masa menerusi Muhammad Asraf Zuhry (minit ke-7), Muhammad Zhairul Ameen Md Zahid (ke-25), Muhammad Nur Asyraf (ke-37) dan Muhammad Firdaus Omar (ke-29) meletakkan Melaka pada kedudukan selesa sebelum Amirullah Zainol (minit 44) Muhammad Firdaus (minit ke-2) dan Adam Aiman Mamat melengkapkan kemenangan besar Melaka.Ā 

ā€œPerlawanan hari ini amat baik kerana semua rancangan dan strategi dan pemain senior dan muda sudah semakin serasi. Untuk perlawanan akhir kumpulan esok, kami dah rancang apa yang sepatutnya dilakukan untuk memastikan muncul juara Kumpulan,ā€ kata Hazlan Hamzah.Ā 

PahangĀ pula menghidupkan peluang untuk layak ke pusingan seterusnya dari Kumpulan C selepas mengejutkanĀ Kuala Lumpur 3-2.

Kemenangan itu meletakkan Pahang di tangga ketiga, terikat dengan enam mata yang sama bersama Kuala Lumpur dan ATM dalam Kumpulan C.Ā 

Dua pasukan teratas akan hanya diketahui Isnin ini apabila Kuala Lumpur dan ATM berentap untuk menentukan juara Kumpulan manakala Pahang juga perlu menang ke atas Kelantan untuk memastikan layak ke pusingan seterusnya.Ā 

Shafiq Ikhmal Daniel Suzaini muncul wira menjaringkan gol kemenangan buat Pahang selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada suku ketiga.Ā Ā 

Kuala Lumpur, dengan reputasi sebagai bekas juara, terlebih dahulu meledak menerusi Mohamad Syamin pada mnit ke-22 tetapi dua gol dalam tempoh empat minit dari Muhammad Idris samad (minit ke-24 dan ke-28) meletakkan Pahang di depan. Kedudukan terikat apabila Mohammad Ridhwan Muzair membolosi gol Pahang pada minit ke-50.Ā 

Ketika perlawanan berbaki tujuh minit, Shafiq Ikhmal Daniel menjaringkan gol kemenangan buat Pahang menerusi jaringan padang pada minit ke-53.Ā 

ā€œMemang hari ini misi hidup mati kamiā€¦secara keseluruhan, saya puas hati dengan prestasi pemain dan menunjukkan komitmen tinggi walaupun ketinggalan 1-0. Strategi mendapatkan sebanyak mungkin pukulan penalti sudut nyata berhasil,ā€ kata jurulatih Pahang Mohd Sufian Mohamad.Ā 

Ketua pasukan Kuala Lumpur Mohd Syamin Yusof pula berkata pemain agak tertekan selepas ketinggalan 1-0 dan tidak bermain sempurna. ā€œKita tiada pilihan kecuali menang pada perlawanan penting menentang ATM Isnin ini,ā€ kata beliau.Ā 

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan sama, perlawanan antaraĀ Pulau PinangĀ danĀ KelantanĀ berakhir denganĀ keputusanĀ seri 2-2.

 

JADUAL PERLAWANAN (Ahad, 14/11/21)

LELAKI

Kumpulan B (4.00 ptg)

NHS 1: Negeri SembilanĀ Ā mlnĀ Ā Melaka

NHS 2:Ā Ā ATM mln Pulau PinangĀ (Kumpulan C)Ā 

Kumpulan A (6.00 ptg)Ā 

NHS 1: PDRM mln Sabah

NHS 2: Selangor mln PerakĀ 

- Advertisement -