sarawak.energy

Oleh Ku Mohd Lufti

Syarikat utiliti dan pembangunan tenaga negeri Sarawak, Sarawak Energy terus komited untuk bersama pasukan Liga Super Sarawak bagi mengharungi saingan liga Malaysia musim ini.

Ia sebagai suntikan semangat buat Ngap Sayot untuk memperbaiki kedudukan dalam saingan Liga Super selepas aksi tidak menentu pasukan itu diawal musim.

Ketua Pgawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy, Datuk Torstein Dale Sjotveit dan Naib Presiden Eksekutif Perkihdmatan Korporat, Aisah Eden bersama samahadir bagi merasmikan jersi bagi pasukan Sarawakdi menara Sarawak Energy.

Turut hadir, Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak, (FAS) Datuk Sudarsono Osman dan Setiausaha Agung FAS Abdullah Julaihi.

Sarawak Energy menjadi penaja utama bagi pasukan Sarawak sejak 2014 serta bersama sama empat lagi penaja; Shin Yang, Ibraco, Marina Park City dan Titanium Management.

Selepas 12 perlawanan, Sarawak menghuni tangga ke Sembilan liga Super dengan 12 mata diraih hasil tiga kemenangan, tiga keputusan seri dan enam kekalahan.

David Usop menerajui Ngap Sayot pada awal bulan Mei selepas pengurusan FAS memutuskan untuk menggantikan Datuk K Rajagobal susulan prestasi hambar ketika membawa Sarawak.

- Advertisement -