Atlet negara yang disahkan positif Covid-19, Jackie Wong disahkan berada dalam keadaan stabil dan sihat.

Beliau menyatakannya menerusi laman sosial Facebook Jackie yang kini sedang berada di hospital Sibu.

“Pada 16 Mar 2019 (1am), saya telah disahkan positif COVID-19 iaitu sehari selepas ayah saya disahkan positif.

“Dengan ini, saya sedang dikuarantin di Hospital Sibu bagi pemantauan dan rawatan yang selanjutnya. Setakat ini, saya berada dalam keadaan yang stabil dan sihat,”kata Jackie.

Beliau turut menambah keadaan ayahnya Wong Ling Biu yang juga ahli parlimen Sarikei, juga semakin baik berbanding beberapa hari lalu meskipun measih menggunakan alat bantuan pernafasan.

 

- Advertisement -