Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) masih belum bercadang untuk meminda tarikh temasya sukan Olimpik 2020 Tokyo.

Meskipun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengumumkan wabak pendemik Covid-19 sebagai mengancam nyawa penduduk di seluruh dunia, IOC sebaliknya ia bukan satu kebimbangan utama.

Dengan baki masa kira kira empat bulan sebelum temasya bermula, IOC melihat tidak ada keperluan untuk melakukan sebarang perubahan drastik ke atas penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Ditambah dengan tindakan negara negara yang terlibat dengan penularan kes Covid-19 ketika ini IOC berpendapat wabak ini akan dapat ditangani sebaik mungkin.

Malah, kenyataan daripada Presiden Jepun, Shinzo Abe yang mahukan penganjuran Tokyo 2020 berjalan dengan sempurna dan mendapat sokongan daripada pemimpin pemimpin negara G7.

IOC telah menubuhkan jawatankuasa khas pertengahan Februari lalu yang turut dibarisi wakil daripada WHO, Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020, pihak berkuasa tempatan Jepun, dan Pentadbiran Bandar Metropolitan Tokyo untuk memantau perkembangan Covid-19 dari semasa ke semasa 

Jawatankuasa ini dibentuk bagi mewujudkan tindakan yng teratur terhadap persiapan dan perkembangan semasa Covid-19. 

Justeru, IOC mahu atlet atlet diseluruh dunia untuk terus mempersiapkan diri bagi memburu kelayakan ke Olimpik 2020.

Setakat ini 57 peratus atlet telah pun mengisi kuota untuk beraksi di Olimpik Tokyo 2020. Manakala baki 43 peratus pula bergantung kepada beberapa faktor termasuk ranking mengikut badan induk sukan dunia atau rekod terbaik yang pernah dilakukan.

Keputusan penuh tentang kedudukan penganjuran Olimpik Tokyo 2020 dijangka diputuskan selepas rundingan penuh melibatkan pihak pihak berkepentingan dalam Sukan Olimpik Tokyo, wakil Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC), wakil wakil atlet, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan wakil daripada badan induk sukan antarabangsa (IF) dijadual berlangsung esok.

Sebarang perubahan terhadap sistem kelayakan bagi Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan dimuktamadkan pada awal April.

 

 

 

- Advertisement -