Berikut senarai akhir 23 pemain dipilih ketua jurulatih skuad B-19 negara, Hassan Sazali Waras ke saingan Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2016 di Jiangsu, China dari 2 hingga 6 Oktober ini.
Seramai 17 pemain dari skuad Harimau Muda C, empat pemain dari Frenz United – Muhammad Izaffiq Ruzi, Mohammad Amirul Muhamad, Muhammad Danial Amier Norhisham dan Mohd Aizat Mukhlis Mohamad Yazir serta masing-masing seorang pemain dari Real Mulia FC – Al Barilan Shahul Hameed atau lebih dikenali sebagai Ash Hameed dan pemain tengah T-Team, Muhammad Safawi Rasid.
No. | NAMA | UMUR | POSISI |
1 | MUHAMMAD HAZRULL HAFIZ ZULKIFLY | 18 TAHUN | PENJAGA GOL |
2 | DAMIEN LIM CHIEN KHAI | 18 TAHUN | PENJAGA GOL |
3 | MUHAMAD HAFIY HAIKAL ISMAIL | 17 TAHUN | PERTAHANAN |
4 | MUHAMAD DANISH HAZIQ SAIPUL HISHAM | 18 TAHUN | PERTAHANAN |
5 | MOHAMAD HARIZ KAMARUDIN | 18 TAHUN | PERTAHANAN |
6 | MUHAMMAD NAZIRUL AFIF IBRAHIM | 18 TAHUN | PERTAHANAN |
7 | MOHAMAD RAMADHAN JALIL | 17 TAHUN | PERTAHANAN |
8 | R DINESH | 17 TAHUN | PERTAHANAN |
9 | MUHAMMAD IZAFFIQ RUZI | 18 TAHUN | PERTAHANAN |
10 | MOHAMMAD AMIRUL MUHAMAD | 18 TAHUN | PERTAHANAN |
11 | DOMINIC TAN JUN JIN | 18 TAHUN | TENGAH |
12 | MUHAMAD RIZALUL AZUWAN SUPANDRI | 18 TAHUN | TENGAH |
13 | MUHAMMAD SHAHRUL AKMAL MD ADNAN | 17 TAHUN | TENGAH |
14 | MUHAMMAD SYAHMI SAFARI | 17 TAHUN | TENGAH |
15 | MUHAMMAD SHAH AMIRUL MOHD ZAMRI | 17 TAHUN | TENGAH |
16 | MUHAMMAD DANIAL AMIER NORHISHAM | 18 TAHUN | TENGAH |
17 | AL BARILAN SHAHUL HAMEED | 17 TAHUN | TENGAH |
18 | MUHAMMAD SAFAWI RASID | 18 TAHUN | TENGAH |
19 | MUHAMMAD JAFRI MUHAMMAD FIRDAUS CHEW | 18 TAHUN | PENYERANG |
20 | MOHAMED SYAMER KUTTY ABBA | 18 TAHUN | PENYERANG |
21 | BADRUL AMIN RUSALAN | 18 TAHUN | PENYERANG |
22 | MUHAMMAD DANIAL ASHRAF ABDULLAH | 18 TAHUN | PENYERANG |
23 | MOHD AIZAT MUKHLIS MOHAMAD YAZIR | 18 TAHUN | PENYERANG |
Dua pemain yang beraksi pada Kejuaraan B-19 AFF 2015 di Vientiane, Laos, Ogos lalu iaitu M Kogileswaran Raj dan S Thipanraj terpaksa diketepikan kali ini oleh Hassan Sazali kerana kecederaan yang dialami pada aksi pemanas badan terakhir bertemu UiTM FC di Stadium UiTM, Shah Alam, malam tadi yang menyaksikan skuad B-19 negara menang 3-0.
Skuad B-19 negara berlepas ke China, hari ini dan berikut jadual perlawanan bagi saingan Kumpulan I, Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2016 Stadium Pusat Sukan Huai’an, Jiangsu, China:
2 OKTOBER (JUMAAT)
Korea Utara lwn Macau, 3.30ptg
MALAYSIA lwn China, 7.35mlm
4 OKTOBER (AHAD)
MALAYSIA lwn Korea Utara, 3.30ptg
Macau lwn China, 7.35mlm
6 OKTOBER (SELASA)
MALAYSIA lwn Macau, 3.30ptg
Korea Utara lwn China, 7.35mlm
KOMEN JURULATIH SKUAD B-19 MALAYSIA, HASSAN SAZALI WARAS
“Kogileswaran dan Thipanraj mengalami kecederaan pada perlawanan malam tadi. Kogileswaran kena pada kecederaan lamanya di bahagian buku lali manakala Thipanraj disahkan mengalami kecederaan hamstring selepas pemeriksaan doktor.
“Jadi memandangkan tempoh ketiga-tiga perlawanan berlangsung adalah selang dua hari dan perlawanan pertama bertemu China adalah pada Jumaat ini, saya tidak mahu mengambil risiko dan hanya membawa pemain yang benar-benar cergas dan bebas kecederaan.
“Apa pun R Dinesh kembali dalam pasukan selepas dia tidak dibawa ke Kejuaraan B-19 AFF 2015, bulan lalu akibat kecederaan selain kali ini saya turut menyenaraikan empat pemain dari Frenz United serta seorang pemain dari Real Mulia FC dan T-Team bagi memperkuatkan pasukan.
“Pada Kejuaraan B-19 AFF 2015,kita dapati kelemahan kita di barisan pertahanan dan sebab itu saya membawa masuk beberapa pemain pertahanan baharu selain kehadiran Mohd Aizat dari Frenz United yang mampu memberi saya pilihan jika penyerang utama mengalami kecederaan.”