Perebutan untuk slot ke perlawanan playoff sekaligus beraksi dengan pemain pemain senior pada November depan cukup sengit terutama slot terakhir.

Hanya tiga pemain teratas perseorangan lelaki kumpulan A layak beraksi dimana dua slot hampir pasti menjadi milik Justin Hoh dan Jacky Kok Jing Hong.

Slot tersebut akhirnya menjadi miik Ong Ken Yon yang menduduki tangga ketiga, mengumpul 6 mata selepas beraksi lapan perlawanan.

Ong Ken Yon mengesahkan status untuk mengiringi Justin dan Jacky ke Playoff November depan selepas menundukkan dalam pertarungan tiga set.

Tewas 19-21 di set pertama, Ong Ken Yon bangkit mendominasi dua set berikutnya 21-16, 21-5 sekaligus menamatkan saingan dikedudukan ketiga.

Sementara dua pemain V Poopathi dan Anson Cheong hampir pasti mengisi dua kedudukan terbawah kumpulan A sekaligus bakal beraksi di playoff pada 28 hingga 30 Oktober bagi penentuan ranking pemain.

V. Poopathi masih berpeluang untuk keluar daripada kedudukan dua tercorot kerana mengumpul dua mata selepas lapan perlawanan.

Beliau yang tewas 17-21, 27-21 kepada Jimmy Wong perlu menang dengan Jacky Kok Jing Heng pada perlawanan terakhir petang ini selain mengharapkan dua pemain, Jimmy Wong dan Muhd Fazriq Mohd Razif  yang mengumpul 3 mata setakat ini tewas dalam perlawanan masing masing.

75 pemain remaja perseorangan serta bergu lelaki dan perempuan bawah 18 tahun akan berkampung di Stadium Juara Bukit Kiara bermula 12 hingga 16 Oktober.

Manakala saingan yang dijadual bermula dari 20-23 Oktober akan menentukan ranking pemain pemain dalam setiap divisyen.

Tiga pemain teratas perseorangan lelaki dan dua pemain teratas bagi kategori perseorangan wanita di setiap kumpulan akan layak beraksi ke peringkat ‘playoff’ dan akan beraksi dengan pemain pemain senior bermula dari 3 hingga 6 November dimana venue pertandingan adalah di Akademi Badminton Malaysia (BAM).

Ini merupakan pertandingan  pertama yang dilangsungkan secara tertutup melibatkan pemain pemain remaja selepas dibenarkan kembali menjalani latihan secara berperingkat di ABM pada Julai lalu.

 

Keputusan perlawanan – 7:30 PG

BS-A – Group Ong Ken Yon – Ong Zhen Yi (19-21 21-16 21-5)

BS-A – Group Justin Hoh – Anson Cheong (21-17 14-21 21-16)

BS-A – Group Muhd Fazriq – Chia Jeng Hon (21-13, 21-17)

BS-A – Group Jacky Kok Jing Hong – Chua Kim Sheng  (21-13, 21-11)

BS-A – Group Jimmy Wong  – V Poopathi (21-17 21-17)

Jadual perlawanan  – 3:00 PTG

BS-A – Group Ong Ken Yon – Anson Cheong

BS-A – Group Justin Hoh – Chia Jeng Hon

BS-A – Group Muhd Fazriq – Chua Kim Sheng

BS-A – Group Jacky Kok Jing Hong – V Poopathi

BS-A – Group Ong Zhen Yi – Jimmy Wong

- Advertisement -