Aksi pasukan Thailand(hitam) sewaktu menentang Malaysia.

Hasrat Malaysia melakar kejutan dalam aksi sepak takraw regu berpasukan lelaki di Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 tidak kesampaian setelah tewas kepada musuh tradisi, Thailand dalam perlawanan terakhir liga sepusingan, pada 19 Ogos.

Thailand seperti diramal mempertahankan pingat emas buat kali ke-12 berturut-turut sejak edisi Singapura 1993 menerusi kemenangan dominan 3-0 ke atas pasukan bimbingan Abdul Talib Ahmad.

Pingat perak menjadi milik Indonesia yang turut merakam kemenangan 3-0 ke atas Brunei dalam satu lagi perlawanan sekaligus Malaysia dan Brunei terpaksa berpuas hati dengan berkongsi pingat gangsa.

Menentang Malaysia yang beraksi diiringi sorakkan padu hampir 1,000 penyokong di Stadium Tertutup Titiwangsa, tidak langsung mengugat keyakinan dan motivasi tinggi pemain Thailand.

Pingat emas sudahpun berada dalam genggaman mereka sebaik sahaja gandingan regu pertama Pattarapong Yupadee, Pornchai Kaokaew dan Jantarit Khukaeo menewaskan regu Malaysia gandingan Farhan Adam, Hanafiah Dollah dan Syahir Rosdi dengan keputusan 21-15, 21-17 dan memberikan mata pendahuluan 1-0.

Ianya tampak lebih mudah buat pasukan bimbingan Kamol Tankimhong selepas itu apabila regu kedua gandingan Assadin Wongyota, Anuwat Chaicana dan Sittipong Khamchan mencatat kemenangan 21-10, 21-6 ke atas trio Safarudin Abu Bakar, Said Izwan Said De dan Muhamad Norhaffizi Abd Razak.

Regu ketiga Thailand dibarisi Somporn Jaisinghol, Thawisak Thongsai dan Kritsanapong Nontakonte mengesahkan kemenangan mutlak 3-0 buat Thailand dengan menewaskan Syazreenqamar Salehan, Meor Muhamad Zulfikar Mat Amin dan Azlan Alias dengan keputusan 21-9, 21-8.

 

 

Keputusan Akhir :

Regu Berpasukan Lelaki

Thailand 3-0 Malaysia

Pattarapong Yupadee, Pornchai Kaokaew, Jantarit Khukaeo WON Farhan Adam, Hanafiah Dollah, Syahir Rosdi (21-15, 21-17)

Assadin Wongyota, Anuwat Chaicana, Sittipong Khamchan WON Said Ezwan Said De, Norhaffizi Abd Razak, Syazreenqamar Salehan (21-10, 21-6)

Thawisak Thongsai, Kritsanapong Nontakonte, Somporn Jaisinghol WON Syazreenqamar Salehan, Meor Mohamad Zulfikar Mat Amin, Azlan Alias (21-9, 21-8)

– OLEH MUHAMMAD AIMAN

- Advertisement -