chow-mei-kuan-lee-meng-yean
Chow Mei Kuan – Lee Meng Yean

Oleh Ku Mohd Lufti

Pemain perseorangan lelaki, Liew Daren meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir di Kejohanan Badminton Grand Prix Taiwan Masters.

Berdepan pemain dari Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito, Liew Daren hanya memerlukan 23 minit untuk melakar kemenangan straight set 11-8, 11-3, 11-2 untuk melangkah ke separuh akhir.

Liew Daren akan berdepan pilihan kelima yang juga pemain tuan rumah, Lin Yu Hsien yang terdahulu mengatasi rakan senegaranya, Hsueh Hsuan Yi.

Jejak Liew Daren bagaimanapun gagal diekori Tan Chun Sean apabila tewas kepada pilihan pertama, Hsu Jen Hao.

Beraksi di laman sendiri nyata memberi kelebihan Jan Hao apabila bangkit dua kali selepas tewas di set pertama dan ketiga.

Selepas bertarung lebih sejam di gelanggang, Hsu Jen Hao mengesahkan kemenangan untuk mara ke separuh akhir dengan keputusan 6-11, 11-4, 13-15, 11-5, 11-9.

Nasib yang sama turut diterima perseorangan wanita tunggal negara, Tee Jing Yee yang terkandas di suku akhir selepas tewas kepada pilihan kelima dari Thailand, Pornpawee Chochuwong.

Jing Yee yang diletak selaku pilihan kedua hanya mampu bertahan 26 minit sebelum tewas straight set 11-6, 11-7, 11-6.

Dua bergu wanita negara melangkah ke separuh akhir selepas mengatasi lawan masing masing di suku akhir.

Lim Yin Loo – Wen Yap Cheng mengejutkan pilihan kedua dari Hong Kong, Yan Poon Lok – Suet Tse Ying dengan kemenangan straight set, 11-5,11-9, 11-4.

Manakala Chow Mei Kuan – Lee Meng Yean dipaksa bertarung sehingga lima set sebelum mengatasi pasangan dari Jepun, Ayako Sakuramoto – Yukiko Takahata 15-14, 13-11, 9-11, 9-11, 11-9.

- Advertisement -