Aksi suku akhir bergu lelaki menyaksikan wakil negara Aaron Chia – Soh Wooi Yik mengejutkan bergu nombor satu dunia, Kevin Sanjaya Sukalmujo-Marcus Fernaldi Gideon dalam aksi yang cukup mendebarkan selepas melakar kemenangan straight set.

Turun dengan status underdog, Aaron dan Wooi Yik nyata tidak menunjukkan rasa takut kepada ‘The Minions’, memberikan permainan yang cukup mantap untuk mencari mata.

Bergu negara tidak menunggu lama untuk mematikan game menerusi drive laju yang gagal dibalas kemas Kevin Sanjaya dan Marcus Fernaldi.

Aaron dan Wooi yik yang menghuni ranking ke 9 dunia keluar daripada gelanggang dengan penuh yakin di set pertama dengan kemenangan 21-14 dalam masa 13 minit.

Tekanan demi tekanan diberikan Aaron dan Wooi Yik yang masih mencari cari kemenangan pertama dalam 7 pertemuan mereka sebelum ini nyata cukup tinggi apatah lagi beraksi di pentas olimpik buat pertama kali.

Meskipun ada beberapa unforce error daripada bergu negara ini, Aaron dan Soh Wooi Yik kembali membalas dengan pantas untuk menghalang The Minions merapatkan jurang mata.

Hanya laungan dan jeritan kepuasan keluar dari mulut Aaron Chia dan Soh Wooi Yik apabila servis Marcus Fernaldi dibatalkan pengadil sekaligus menambahkan lagi tekanan ke atas bergu Indonesia untuk Malaysia mendahului 16-13.

Aaron dan Wooi Yik mengesahkan sloit ke separuh akhir apabila menang 21-17 di set kedua sekaigus menamatkan badi kekalahan ke atas The Minions.

Aaron dan Wooi Yik akan menanti bergu China, Li Jun Hui-Liu Yu Chen yang menewaskan pasangan Denmark Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 12-21, 21-14, 21-19.

“Saya rasa ini adalah kejohanan pertama mereka. Kami datang sini sebagai underdog, mereka (Marcus Fernaldi-Kevin Sanjaya) datang untuk ambil medal. Tekanan akan datang kepada mereka.

“Di set kedua, kami masih kekalkan game plan yang sama seperti di sert pertama. Kami tidak bermain mengikut kelebihan mereka. Kami cari ruang yang melemahkan mereka,”kata Aaron

“Tidak pernah rasa macam ini. Memang sanagat gembira. Saya berterima kasih dengan penyokong Malaysia yang memberi kami semangat untuk lawan bergu Indonesia ini,”kata Soh Wooi Yik yang ditemuramah di Astro Arena selepas perlawanan.

 

- Advertisement -