Debat tentang status penganjuran temasya Olimpik 2020 di Jepun berterusan dan tampak belum menemui jalan terbaik tatkala Covid 19 yang masih belum reda.

Pakar pakar perubatan negara itu berpendapat, Jepun perlu mencari vaksin untuk mengatasi Covid 19 atau mereka bakal berdepan kesukaran untuk menganjurkan temasya Olimpik dan Paralimpik yang dijadual bermula Julai 2021.

Profesor Yoshiharu Matsuura daripada Universiti Osaka menjelaskan, kerajaan Jepun sedang menumpukan misi mencari pembangunan untuk mencari vaksin bagi  memastikan kelancaran Tokyo 2020.

Mereka menjangkakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 hanya mampu dilakukan jika vaksin ditemui untuk menentang Covid 19.

Bukan sahaja Jepun, negara negara lain turut berusaha menjalankan penyelidikan untuk mencari vaksin yang sesuai termasuklah di negara Rusia 

Namun penghasilan vaksin bukan perkara yang mudah untuk dilakukan apatah lagi dalam tempoh yang sangat singkat.

Penghasilan vaksin secara amnya memerlukan tempoh sehingga 10 tahun tetapi Jepun sedang berusaha untuk melakukannya dalam tempoh setahun.

Jepun sebelum ini seakan akan berjaya membendung penularan Covid 19 namun kini sedang berdepan gelombang yang baru dengan peningkatan kes jangkitan harian.

54 700 positif kes Covid 19 telah dikesan dengan 1088 kematian direkodkan setakat ini.

Susulan penularan Covid 19 secara global sejak penghujung Februari lalu, kerajaan Jepun dan penganjur Tokyo 2020 serta Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) sepakat memutuskan untuk menunda temasya itu bermula 23 Julai hingga 8 Ogos 2021.

Manakala penganjuran Paralimpik 2020 ditetapkan pada 24 Ogos hingga 5 September.

Kerajaan Jepun juga telah memulakan operasi pengawalan dan melaksanakan kawalan ketat dalam membendung Covid 19 di negara itu sebelum temasya bermula.

Prosedur dan kawalan yang ditetapkan akan diumumkan penghujung tahun ini untuk makluman dan tindakan awal atlet dan negara negara yang terlibat.

 

- Advertisement -