Tarikh baru bagi Kejohanan Piala Remaja Asia (Wanita) 2021 yang akan berlangsung di Kakamigahara, Jepun, akhirnya telah diumumkan oleh Persekutuan Hoki Asia (AHF) Selasa lalu di mana kejohanan tersebut dijadualkan bermula pada 11 hingga 17 April 2021.
Kejohanan yang menawarkan tiga slot ke Piala Dunia Remaja Wanita 2023 itu sebelum ini terpaksa ditunda ekoran dunia terpaksa berdepan dengan penularan Wabak Pandemik Covid-19 dan tarikh baru yang telah diumumkan AHF itu menyaksikan ia adalah tugasan antarabangsa pertama bagi Skuad Projek Khas Wanita negara.
Pengumuman itu juga disambut baik oleh Pengendali Skuad Projek Khas Wanita, Nasihin Nubli Ibrahim yang telah melakukan persediaan lebih awal bersama barisan pasukannya walaupun Malaysia kini masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi memutuskan rantaian penularan Wabak Pandemik Covid-19.
âKami telah menduga yang AHF pasti akan mengumumkan tarikh bagi Kejohanan Piala Remaja Asia (Wanita) jadi persiapan yang lebih awal untuk ke kejohanan tersebut telah kami lakukan walaupun berdepan dengan beberapa kekangan seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP bersyarat.
“Latihan yang dilakukan kini lebih tertumpu kepada spesifik teknik hoki serta ketahanan dan kecergasan pemain.
âSementara bagi latihan hoki pula kami menumpukan kepada teknik permainan itu sendiri dan intensiti latihan juga ditingkatkan untuk mendedahkan pemain kepada situasi perlawanan sebenar.
“Pemain remaja kini masih dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan tempo permainan hoki yang tinggi namun mereka telah menunjukkan tahap usaha yang cukup baik.
âBagi Kejohanan Piala Remaja Asia (Wanita) kami satu pasukan meletakkan sasaran untuk melayakkan diri ke separuh akhir dan kami mahu mencipta sejarah yang tersendiri dengan melayakkan diri ke Piala Dunia Remaja Wanita menerusi slot tiga pasukan terbaik kejohanan.
âSaya serta barisan jurulatih yang lain seperti Lailin Abu Hassan, Siti Rahmah dan Roslan Jamaluddin akan sentiasa memastikan pemain mempunyai motivasi yang tinggi dalam setiap sesi latihan selain kami juga sudah mula menerapkan semangat untuk menang di dalam diri mereka,â jelasnya yang ditemui hari ini.