Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann nyata berpuas hati dengan prestasi beberapa pemain remaja kebangsaan yang beraksi di 100PLUS Cabaran Ranking Remaja Kebangsaan Peringkat Akhir di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.
13 pemain terbaik dari kem remaja kebangsaan pimpinan Datuk Misbun Sidek yang menggalas tugas sebagai Pengarah Pembangunan Remaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
“Pemain muda menunjukkan semangat dan fokus yang seperti Wan Muhd Haikal Nazri /Wan Muhd Arif Wan Junaidi dan Justin Hoh dimana mereka menunjukkan kematangan berbanding usia dan ia sangat baik dan merupakan perkembangan yang positif,”kata Choong Hann.
Tambahnya lagi, pemain senior dan pemain remaja ini akan bersama sama dimana ia akan memberi ruang kepada semua pemain untuk menilai sendiri tahap semasa mereka.
“Untuk menjadi pemain yang handal, usia bukan faktor utama, tetapi kerajinan dan kemahuan untuk belajar adalah lebih penting. Sesiapa yang memiliki contoh atau teladan seperti ini perlu dicontohi pemain pemain lain.
“Kita tidak tahu potensinya sehingga kita meletakkan lawan yang lebih kuat. Tiada had untuk perkembangan potensi dan masih banyak yang boleh dipertingkatkan dan salah satunya keadaan fizikal dan kekuatan otot dimana ia memerlukan pelan jangka masa yang panjang,” kata Choong Hann lagi.
Bagi Choong Hann, pemain pemain senior yang kurang menyerlah dipertandingan ini memberi mereka ruang untuk menilai bersama sama dengan barisan kejurulatihan untuk mencari serta menambah baik program latihan sedia ada.
Dalam pada itu, Datuk Misbun Sidek melihat anak anak didiknya mencapai apa yang telah diletakkan di pertandingan ini.
“Pembinaan dalam masa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini telah meransang pemain pemain untuk beradfa di satu tahap yang berbeza.
“Jika tanya saya, perseorangan lelaki ketika hari pertama telah mengalah pemain senior kecuali Jacky Kok Jing Hong yang tewas kepada Ter Chun Long walaupun sudah mendahului. Perkara itu adalah sebagai satu landasan , bahawa ada beberapa perkara yang perlu dipertingkatkan lagi,” kata Datuk Misbun.
Beliau juga mengakui masih terdapat jurang dalam perseorangan dan bergu wanita namun bergu lelaki tampak menunjukkan impak yang positif dan menunjukkan perkembangan yang baik.
Datuk Misbun juga mengharapkan ruang masa diberikan kepada permata baharu ini untuk terus digilap menerusi program latihan dan latihan khusus yang disediakan sebelum melangkah ke peringkat senior.
“Ini sebagai satu petanda potensi potensi ini memang boleh dibentuk dan dibawa ke peringkat seterusnya. Hanya beri sedikit masa lagi untuk menstabilkan mereka dan bawa mereka ke peringkat seterusnya mungkin pada tahun hadapan supaya kita akan lihat dimana tahap mereka selepas beberapa bulan menjalani latihan,”kata Misbun lagi.
Dalam pada itu, aksi terakhir hari ini Lee Shun Yang muncul juara bagi perseorangan lelaki selepas menutup hari terakhir dengan kemenangan ke atas Wyman Goh straight set 21-13, 21-10.
“Saya sudah tahu permainan dia (Wyman Goh) jadi mudah untuk mencari kemenangan. Keseluruhannya saya tidak berpuas hati dengan prestasi kerana diawal saingan saya tewas ditangan dua pemain remaja.
“Saya tidak fikir banyak dan teruskan permainan dan berada dikedudukan pertama adalah diluar jangkaan,”kata Shun Yang
Selepas mengharungi lima perlawanan, Shun Yang berkongsi 3 mata dengan Wyman Goh dan Justin Hoh dibezakan dengan rekod kemenangan dalam kesemua lima perlawanan yang telah diharungi.
Keputusan Perlawanan
Lee Shun Yang – Wyman Goh (21-13, 21-10)
Ter Chun Long – Justin Hoh (22-20, 21-14)
Jacky Kok Jing Hong – Ong Ken Yon (21-13, 17-21,21-15)