jm2016-2

jm2016-4

Oleh Ku Mohd Lufti

Peringkat keempat Jelajah Malaysia 2016 menyaksikan kejutan daripada pelumba NSC Mycron, Muhammad Zawawi Azman muncul pemenang peringkat keempat sekaligus memecah tradisi sebagai pelumba muda negara yang menaiki podium selaku juara.

Hari keempat dengan jarak sejauh 125.2 kilometer dari Machan, Kelantan menuju ke Gong Badak, Terengganu memperlihatkan penguasaan Zawawi yang bersaing dengan dua lagi pelumba, Nik Mohd Azwan Zulkifle (skuad kebangsaan) dan Mark John Lexer Galedo (7 Eleven Sava RBP Philippines).

Zawawi, Nik Azwan dan John Lexer meninggalkan peloton untuk membentuk kelompok pendahulu selepas qmelepasi zon pecutan di Jerteh.

Meskipun Nik Azwan dan John Lexer cuba mengekori rapat, namun Zawawi membuktikan kayuhannya lebih mantap apabila berjaya menewaskan dua seterunya untuk terlebih dahulu melintasi penamat dengan catatan masa 2 jam 38 minit 27 saat.

Mark John Lexer berpuas hati di tangga kedua manakala Nik Mohd Azwan menghuni tangga ketiga manakala pelumba Terengganu Cycling (TSG), Mohd Harrif Salleh ditempat keempat.

“Perancangan kami adalah untuk memburu penamat secara beramai ramai (bunch sprint) dan mensasarkan Irwandie Lakasek, tetapi saya ada nampak peluang untuk meninggalkan peloton.

“Sudah lama saya nantikan peluang ini dan ini adalah kemenangan pertama dalam perlumbaan kategori 2.1.” kata Muhd Zawawi Azman.

Hanya jersi putih, pelumba muda terbaik bertukar tangan, menjadi milik Jesse James Ewart daripada 7 Eleven Sava RBP Phillipines.

Manakala lain lain jersi masih kekal dipegang oleh pemenang peringkat ketiga termasuk pendahulu keseluruhan, Arvin Moazami Godarzi dan jersi biru atau raja pecut, Mohd Harrif Salleh.

Peringkat terakhir, perlumbaan akan bermula dari Kemaman dan berakhir di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu dengan jarak 142.7 kilometer.

- Advertisement -