foto – Malaysian Football League

 

 

 Saingan Shopee Piala FA Malaysia 2019 menjadi semakin rancak selepas 38 pasukan amatur turut mengambil bahagian dan bakal beraksi di Pusingan Kelayakan Shopee Piala FA Malaysia 2019.

Seramai 14 pasukan daripada Liga M3 dan 24 pasukan daripada Liga M4 bakal membuat penampilan dalam kejohanan Shopee Piala FA Malaysia 2019 yang mana akan disertai oleh 24 pasukan profesional yang bermain di unifi Liga Super dan Liga Premier.

Ia juga merupakan dalam sejarah buat pertama kali menyaksikan penglibatan pasukan amatur terbesar di negara ini dan jumlah tersebut meningkat jika berbanding tahun lalu ketika Malaysian Football League (MFL) sekadar menerima tujuh pasukan yang menyertai Shopee Piala FA 2018.

Semua Perlawanan Shopee Piala FA 2019 dan termasuklah Perlawanan Akhir diadakan secara Kalah Mati, kecuali perlawanan Suku Akhir dan Separuh Akhir yang akan diadakan secara timbal balik (Kalah Mati 2 Pusingan) seperti yang ditetapkan oleh MFL.

Proses undian akan ditetapkan oleh MFL pada Sabtu ini menyaksikan undian bagi Pusingan Kelayakan secara terbuka melibatkan 38 Pasukan iaitu, 14 Pasukan Liga M3 dan 24 Pasukan Liga M4.

Daripada undian pusingan kelayakan ini, 36 pasukan akan bermain perlawanan pusingan kelayakan (jumlah perlawanan = 18) dan 2 pasukan akan mendapat bye, secara automatik layak ke Pusingan Pertama.

Pasukan – pasukan yang diundi di posisi nombor ganjil akan bermain sebagai pasukan tuan rumah, manakala 20 pasukan (18 + 2 pasukan bye) akan layak ke Perlawanan Pusingan Pertama.

Berikut merupakan senarai pasukan yang akan bertanding bagi pusingan kelayakan Shopee
Piala FA Malaysia 2019 musim ini.

Liga M3

1) Glory United FC
2) Kelantan United FC
3) Penjara FC
4) Protap FC
5) SAMB FC
6) DDM FC
7) Tun Razak FC
8) Puchong Fuerza FC
9) BTK FC
10) Kuching FA
11) JBFA
12) Ultimate FC
13) Armed Forces FC
14) Batu 2 FC

 

Liga M4

1) Ampang United FC
2) MD Besut
3) FC Pemanis
4) Isma FC
5) Jerantut FA
6) Kampung Raja Uda (KRU FC)
7) Kingstown Klang FC
8) Klasiko FC
9) Mofah FC
10) Raja Permin FC
11) Real Chukai FC
12) Shah Alam Antlers
13) Southern FC
14) Rawang City FC
15) MPKJ FC
16) PIB FC
17) Kuatagh FC
18) Newbies FC
19) Blastier Galicia FC
20) SA United FC
21) XBBSB FC
22) KSR Sains
23) Markless ST
24) MPPD FC

Perlawanan pusingan kelayakan ini dijangka akan berlangsung pada 16 dan 17 Februari 2019.

“Dengan penyertaan pasukan amatur, ianya menjadi satu platform yang bagus khusus untuk pembangunan akar umbi bola sepak tempatan selaras usaha MFL merancakkan lagi industri bola sepak tempatan.

“Saya percaya penglibatan awal pasukan berstatus amatur ini secara tidak langsung akan memberikan pendedahan awal kepada mereka dalam perjalanan menjadi pasukan profesional dan saya percaya penglibatan lebih ramai ini menjadi satu petanda bagus kepada bola sepak tempatan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam. Malaysian Football League

Pautan undian dan jadual perlawanan 

- Advertisement -