rafaela_silva.rio.golf

Oleh Ku Mohd Lufti

Tuan rumah sukan Olimpik 2016, Brazil akhir bertepuk tangan selepas berjaya meraih emas pertama menerusi acara Judo.

Rafaela Silva yang beraksi dalam acara 57 kilogram dipaksa bekerja keras sebelum menumpaskan pemenang pingat perak sukan Olimpik London 2012, Corina Caprioriu dari Romania dengan kemenangan tipis 1-0.

Tatkala Brazil mengharapkan sinar emas dari acara bolasepak, Judo mencuri tumpuan apabila menyumbang emas pertama untuk Brazil.

Malah, pingat emas menerusi sukan Judo adalah yang pertama dalam sejarah Brazil menyertai sukan Olimpik.

“Penyokong banyak membantu saya. Mereka memberi tekanan kepada lawan, malah stadium juga bergegar dengan sorakan padau yang memberi sokongan kepada saya ketika beraksi.” Kata Rafaela.

Pemenang pingat emas London 2012 yang juga juara dunia, Kaori Matsumoto dari Jepun gagal mempertahankan kejuaraannya tahun ini apabila sekadar berpuashati dengan pingat gangsa.

- Advertisement -