2016 Malaysian Cub Prix Championship Final Round Taiping - Md Shafiq Ezzariq
2016 Malaysian Cub Prix Championship Final Round Taiping – Md Shafiq Ezzariq

Malaysian Cub Prix Championship logoMohd Akid Aziz dan Mohd Shafiq Ezzariq mengesahkan gelaran selaku juara keseluruhan bagi kategori CP115 dan Wira pada pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016 yang berlangsung di Taiping, Perak. Dalam saingan CP115, Akid Aziz menamatkan pemburuan gelaran dengan cemerlang apabila berjaya menjuarai perlumbaan terakhir musim 2016 sekaligus membawa pulang piala keempat buat pasukan PETRONAS Yamaha Maju Motor.

2016 Malaysian Cub Prix Championship Final Round Taiping - Md Akid Aziz
Akid selaku juara keseluruhan dengan 151 mata.

Akid menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 15’35.252s, 2.953s dihadapan Azroy Hakeem Anuar (Givi Honda Yuzy Racing) manakala rakan sepasukan Akid, Md Haziq Fairues di tempat ketiga dengan masa 15’55.336s.

Jumlah 25 mata yang dipungut meletakkan Akid selaku juara keseluruhan dengan 151 mata, gelaran keempat buat pasukannya setelah mendominasi saingan CP130 melakui Kasma Daniel Kasmayudin serta menggondol Anugerah Berpasukan dalam kategori CP130 dan CP115.

“Saya sangat gembira kerana semuanya berjalan lancar pada minggu ini. Walaupun hanya perlu sekurang-kurangnya tamat di tempat kelapan, namun sebaik perlumbaan bermula, saya melihat peluang untuk memenangi perlumbaan agak terbuka. Saya berterima kasih kepada pasukan, penaja, keluarga dan penyokong yang bekerja keras seapanjang musim ini,” jelas Akid.

Haziq yang muncul naib juara menamatkan musim di tangga kedua dengan 124 mata diikuti Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) ketiga, 121 mata.

Dalam kategori Wira, Shafiq Ezzariq memilih langkah selamat apabila berjaya mengesahkan gelaran selaku juara keseluruhan sekalipun sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima. Kejayaan Shafiq merupakan gelaran ketiga berturut-turut buat pasukan Idemitsu Kozi Yam Honda Racing selepas Khairul Idham Pawi muncul juara pada tahun 2014 dan Harith Farhan Baharin pada musim lepas.

Shafiq mengumpul 187 mata diikuti Helmi Azman (IUGB AFB Tech Racing) kedua dengan 166 mata dan Md Qhuwarismi Md Nasir (Weststar Motorsport) yang memenangi perlumbaan di Taiping di kedudukan ketiga dengan 128 mata.

Sementara itu, dalam kategori CP130, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Yamaha-CKJ) berjaya menjuarai perlumbaan terakhir bagi kategori CP130 setelah kategori ini bakal beralih ke jentera 150cc bermula musim 2017. Afif menamatkan 18 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 18’27.321s diikuti Md Zaqhwan Zaidi (Givi Honda Yuzy Racing) kedua, 18’28.537s dan Abd Muhaimin Roslan (PETRONAS Yamaha Maju Motor) ketiga, 18’34.219s.

2016 Malaysian Cub Prix Championship Final Round Taiping - Kasma Daniel Kasmayudin
2016 Malaysian Cub Prix Championship Final Round Taiping – Kasma Daniel Kasmayudin

Kasma Danial Kasmayudin dan pelumba tempatan, Ahmad Fazli Sham yang telahpun megesahkan gelaran juara dan naib juara keseluruhan lebih awal gagal menamatkan perlumbaan setelah jentera Kasma mengalami kerosakan manakala Fazli terjatuh pada pertengahan perlumbaan.

Kasma Daniel menamatkan musim 2016 dengan 178 mata manakala Fazli dengan 136 mata. Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) yang menamatkan perlumbaan di tempat kelima muncul naib juara keseluruhan dengan mengumpul 108 mata.

Perlumbaan terakhir musim 2016 melabuhkan tirai dengan kunjungan kira-kira 60,000 pengunjung. Siri kejuaraan motosikal kebangsaan ini dijangka akan membuka tirai musim 2017 pada Mac depan.

Keputusan Pusingan 10 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016

 

2016 Malaysian Cub Prix Championship Final Round Taiping - Overall CP130 Podium Winner
Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016 Pusingan Akhir Taiping – Pemenang Keseluruhan CP130

CP130
Perlumbaan akhir:
1. Ahmad Afif Amran (TRG) Yamaha 18’27.321s
2. Md Zaqhwan Zaidi (SGR) Honda 18’28.537s
3. Abd Muhaimin Roslan (SGR) Yamaha 18’34.219s
4. Ahmad Fazrul Sham (PRK) Yamaha 18’43.588s
5. Norizman Ismail (SGR) Honda 18’45.942s

Kedudukan keseluruhan:
1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha 178 mata
2. Ahmad Fazli Sham (PRK) Yamaha 136 mata
3. Norizman Ismail (SGR) Honda 108 mata
4. Md Zaqhwan Zaidi (SGR) Honda 103 mata
5. Ahmad Afif Amran (TRG) Yamaha 100 mata

 

2016 Malaysian Cub Prix Championship Final Round Taiping - Overall CP115 Podium Winner
Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016 Pusingan Akhir Taiping – Pemenang Keseluruhan CP115

CP115
Perlumbaan akhir:
1. Md Akid Aziz (KUL) Yamaha 15’35.252s
2. Azroy Hakeem Anuar (KUL) Honda 15’38.205s
3. Md Haziq Md Fairues (SGR) Yamaha 15’55.336s
4. Tengku Amirul Haffirudiin (TRG) Yamaha 16’03.686s
5. Md Hafieenaz Md Ali (PRK) Yamaha 16’06.841s

Kedudukan keseluruhan:
1. Md Akid Aziz (Kul) Yamaha 151 mata
2. Md Haziq Md Fairues (SGR) Yamaha 124 mata
3. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Yamaha 121 mata
4. Azroy Hakeem Anuar (KUL) Honda 112 mata
5. Ahmad Syukran Aizat (TRG) Yamaha 94 mata

 

2016 Malaysian Cub Prix Championship Final Round Taiping - Overall WIRA Podium Winner
Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016 Pusingan Akhir Taiping – Pemenang Keseluruhan WIRA


WIRA

Perlumbaan akhir:
1. Md Qhuwarismi Md Nasir (PNG) Yamaha 12’56.030s
2. Saiful Azhary Muhamad (JHR) Honda 12’57.904s
3. Md Ibrahim Md Norrodin (JHR) Yamaha 13’00.311s
4. Md Helmi Azman (SGR) Yamaha 13’09.366s
5. Md Shafiq Ezzariq (SGR) Honda 13’14.458s

Kedudukan keseluruhan:
1. Md Shafiq Ezzariq (SGR) Honda 187 mata
2. Md Helmi Azman (SGR) Yamaha 166 mata
3. Md Qhuwarismi Md Nasir (PNG) 128 mata
4. Saiful Azhary Muhamad (JHR) Honda 112 mata
5. Md Amirul Arif Ramlee (JHR) 98 mata

- Advertisement -