Majlis Sukan Negara (MSN) selaku penganjur Le Tour de Langkawi 2023 hari ini memperkenalkan jenama air mineral semulajadi tempatan, Bubbles O2 sebagai penaja utama pertama bagi jelajah itu, 23 hingga 30 September ini.

Ketua Pengarah MSN, Dato’ Ahmad Shapawi Ismail berkata, bagi menjenamakan Bubbles O2 sebagai penaja utama, penganjur bersetuju untuk memperkenalkan semula anugerah ‘Most Combative Rider’ yang ditaja syarikat air mineral tempatan itu dan diumumkan nama pemenangnya pada majlis penyampaian hadiah di akhir semua lapan peringkat perlumbaan LTdL 2023 ini.

“MSN yakin dengan kehadiran Bubbes O2 di dalam penajaan anugerah ‘Most Combative Rider’ ini, ia bukan sahaja memberi impak positif kepada kualiti perlumbaan LTdL 2023 itu sendiri, malah mampu melonjakkan nama Bubbles O2 ke persada sukan dunia,” katanya dalam majlis memperkenalkan rakan penaja rasmi pertama LTdL 2023 di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif Bubbles O2 Sdn Bhd, Tuan Haji Ariffin Marzuki.

Jenama Bubbles O2 adalah satu-satunya air mineral di negara ini dengan ciri-ciri beroksigen yang unik serta dijenamakan sebagai air mineral premium tetapi mampu milik.

Nama Bubble O2 semakin dikenali dan menjadi pilihan dalam kalangan rakyat Malaysia yang ingin meningkatkan tahap tenaga dan kesihatan. Pencapaian Bubbles O2 ialah menduduki tempat ketiga Anugerah E50 oleh SME Corp pada November 2022 dan Jenama Pilihan Terbaik PKS bagi kategori air mineral semula jadi oleh The BrandLaureate pada Jun 2023 lalu.

Ahmad Shapawi berkata, Bubbles O2 juga bergerak secara aktif dalam kerjasama penajaan acara sukan besar serta tajaan beberapa pasukan pelbagai jenis sukan sejak tahun lalu, dan kehadiran syarikat itu dalam jelajah LTdL yang bertemakan ‘Beat The Heat’ pada tahun ini, amat tepat dan kena pada masanya.

“Jika kita melihat pada buku panduan perlumbaan untuk jelajah besar dunia, contohnya Tour de France, anugerah ‘Most Combative Rider’ ini yang ditentukan oleh sebuah panel juri khas akan diberikan kepada pelumba yang menunjukkan semangat juang tinggi, contohnya usaha merencana dan melakukan breakaway, tempoh masa berada di kelompok depan dan mempamer semangat kesukanan yang tinggi dalam membantu rakan sepasukannya.

“Anugerah ini amat popular dalam perlumbaan besar seperti Tour de France dan MSN bersetuju memperkenalkannya semula supaya peminat sukan berbasikal tidak hanya mengagumi pemenang di garisan penamat, tetapi juga kagum dengan pelumba yang sentiasa bekerja keras untuk memastikan perlumbaan menjadi berkompetensi tinggi dan menarik,” katanya lagi.

Kali terakhir anugerah itu diperkenalkan adalah pada 2017 dan pelumba tempatan, Loh Sea Keong pernah diumumkan sebagai pemenangnya pada Peringkat 2 dan Peringkat 4 LTdL 2016 dan Peringkat 1 dan Peringkat 8 LTdL 2017.

LTdL 2023 yang dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi MSN dengan kerjasama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) adalah perlumbaan bertaraf ProSeries yang bermula di Kerteh, 23 September ini, akan melalui 11 daripada 12 negeri di Semenanjung, dan berakhir di depan Menara Berkembar PETRONAS (KLCC) pada 30 September, membabitkan jarak keseluruhan sejauh 1,277.1km.

Sebanyak 22 pasukan terdiri daripada dua (2) pasukan berstatus WorldTeam, lapan (8) ProTeam, 10 UCI Continental, dan 2 pasukan Continental termasuk skuad kebangsaan Malaysia akan mengambil bahagian.

 Senarai pasukan yang telah mengesahkan penyertaan untuk LTDL 2023:

BIL. PASUKAN KATEGORI NEGARA DIDAFTARKAN
1. ASTANA QAZAQSTAN TEAM UCI WORLD TEAM KAZAKHSTAN
2. EF EDUCATION-EASYPOST UCI WORLD TEAM USA
3. CAJA RURAL-SEGUROS RGA UCI PROTEAM SEPANYOL
4. EQUIPO KERN PHARMA UCI PROTEAM SEPANYOL
5. EUSKALTEL – EUSKADI UCIPROTEAM SEPANYOL
6. GREEN PROJECT – BARDIANI CSF – FAIZANE UCI PROTEAM ITALI
7. TEAM CORRATEC – SELLE ITALIA UCI PROTEAM ITALI
8. HUMAN POWERED HEALTH UCI PROTEAM USA
9. TUDOR PRO CYCLING TEAM UCI PROTEAM SWITZERLAND
10. BOLTON EQUITIES BLACK SPOKE PRO CYCLING UCI PROTEAM NEW ZEALAND
11, TERENGGANU POLYGON CYCLING TEAM UCI CONTINENTAL MALAYSIA
12. 7ELEVEN CLIQQ – AIR21 BY ROADBIKE PHILIPPINES UCI CONTINENTAL FILIPINA
13. NUSANTARA CYCLING TEAM UCI CONTINENTAL INDONESIA
14. HENGXIANG CYCLING TEAM UCI CONTINENTAL CHINA
15. LI NING STAR UCI CONTINENTAL CHINA
16. GIANT CYCLING TEAM UCI CONTINENTAL CHINA
17. ST GEORGE CONTINENTAL CYCLING TEAM UCI CONTINENTAL AUSTRALIA
18. KSPO PROFESSIONAL UCI CONTINENTAL KOREA SELATAN
19. JCL TEAM UKYO UCI CONTINENTAL JEPUN
20. ROOJAI ONLINE INSURANCE UCI CONTINENTAL THAILAND
21. THAILAND CONTINENTAL CYCLING TEAM CONTINENTAL THAILAND
22. MALAYSIA NATIONAL TEAM CONTINENTAL KEBANGSAAN

PHOTO CAPTION

From left: Cik Ain Azizah Ariffin, Managing Director Bubbles 02 Sdn Bhd, Tuan Haji Ariffin Marzuki, Executive Chairman Bubbles 02 Sdn Bhd, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, NSC Director General, Tuan Haji Abdul Rashid Yaakub, Deputy Director General NSC, Norazman Abu Samah, Vice-President Malaysian National Cycling Federation.

- Advertisement -