ba-3

Oleh Ku Mohd Lufti

Dalam usaha untuk membangunkan barisan pemain dan kejurulatihan yang seimbang di rantau Asia, Badminton Asia menjalin kerjasama dengan Shijiazhuang Enlio Sports Goods Co. Ltd selama dua tahun sehingga 2019.

Majlis menandatangani perjanjian dimeterai diantara Badminton Asia yang diwakili Presidennya, Anton Subowo dengan Pengerusi Shijiazhuang Enlio Sports Goods Co. Ltd, Li Yu

Kerjasama melibatkan aspek aspek untuk menyediakan kemudahan gelanggang badminton dimana ia mendapat  pengiktirafan daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Presiden Badminton Asia, Anton Subowo menjelaskan, pihaknya memerlukan penaja yang mempunyai matlamat yang sama dalam membangunkan sukan badminton di rantau Asia.

“Kami perlu mencari rakan penaja yang mempunyai idea yang sama dimana kami perlu menyediakan kemudahan seperti gelanggang dan keperluan lain secara menyeluruh untuk memastikan sukan badminton menjadi satu tarikan dan minat di seluruh rantau Asia,” kata Anton Subowo.

Malah, ia turut membuka peluang kepada Enlio Sports untuk mengembangkan perniagaannya ke rantau Asia.

“Kami menjadi pengeluar bagi kemudahan gelanggang di China, dan kami berhasrat untuk mengembangkan perniagaan kami bukan sahaja di rantau Asia, malah ke seluruha dunia.” Kata Li Yu yang juga Pengerusi Shijiazhuang Enlio Sports Goods Co. Ltd.

Badminton Asia bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah tajaan yang diterima kerana masih mempunyai kontrak bersama penaja terdahulu.

“Sudah pasti jumlahnya dua kali ganda berbanding penaja terdahulu, ianya sekaligus memberi kami ruang dan peluang untuk mengambangkan perancangan yang telah diatur.

“Daripada pihak kami, tajaan bukan sekadar wang semata mata, kami juga bercadang menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UN), dan UNICEF untuk mengadakan program buat kanak kanak di kem pelarian untuk bermain badminton.

“Dengan matlamat, apabila bermain badminton mereka dapat melupakan kesengsaraan yang dihadapi ketika ini.”

Untuk rekod, Badminton Asia yang dahulunya dikenali dengan Konfederasi Badminton Asia (BAC) menjalinkan kerjasama dengan pengeluar barangan badminton Victor dengan kontrak selama tiga tahun bermual 2014 sehingga 2016.

ba-3

- Advertisement -