Kursus dikendalikan tenaga pakar daripada negara England yang dilantik oleh Persekutuan Badminton Dunia, BWF.
Kursus dikendalikan tenaga pakar daripada negara England yang dilantik oleh Persekutuan Badminton Dunia, BWF.

Oleh Ku Mohd Lufti

Bagi memastikan sukan badminton berkembang diseluruha rantau Asia khususnya, Badminton Asia yang dahulunya dikenali dengan Konfederasi Badminton Asia dengan kerjasam badminton dunia BWF menganjurkan Kursus Tutor Tahap 1 dan 2 Badminton Asia/ BWF.

Malah, program ini julung kalinya turut menjalin kerjasama diantara Badminton Asia dan Oceania.

Bagi Kursus Tahap 1 ini, 11 peserta yang terdiri daripada jurulatih antaranya dari negara New Zealand, Brunie, Sri Lanka dan Jordan akan berkampung di ibu negara bermula 3 hingg 5 Mei.

Kesemua peserta akan diberikan pendedahan teori dan praktikal dan diuji bagi memastikan mereka benar benar bersedia untuk menjadi seorang tutor di negara masing masing kelak.

Pegawai Pembangunan Badminton Asia - S Sambathan(kiri)
Pegawai Pembangunan Badminton Asia – S Sambathan(kiri)

Menurut pegawai pembangunan Badminton Asia, S Sambathan, ini adalah usaha persatuan dalam memastikan semua negara negara dalam rantau Asia mampu membangunkan sukan badminton di negara masing masing.

“Kita berharap lebih ramai lagi penyertaan dari negara negara lain dalam usaha untuk mengembangkan bakat sukan badminton di negara mereka. Setiap bulan kita akan mengadakan program seperti ini sekurang kurangnya sekali.”Kata S Sambathan.

Kursus Tahap 1 ini, 11 peserta yang terdiri daripada jurulatih antaranya dari negara New Zealand, Brunie, Sri Lanka dan Jordan akan berkampung di ibu negara bermula 3 hingg 5 Mei
Kursus Tahap 1 ini, 11 peserta yang terdiri daripada jurulatih antaranya dari negara New Zealand, Brunie, Sri Lanka dan Jordan akan berkampung di ibu negara bermula 3 hingg 5 Mei

Kursus dikendalikan tenaga pakar daripada negara England yang dilantik oleh Persekutuan Badminton Dunia, BWF.

Antara yang mengambil bahagian pemenang pingat emas acara badminton perseorangan wanita sukan Komanwel 2006, Tracey Hallem.

- Advertisement -