Bergu muda dalam pembikinan, Wan Muhd Arif Wan Junaidi dan Muhd Haikal Nazri mahu mengulangi pencapaian muncul juara di kejohanan Antarabangsa Latvia minggu lalu.

Namun pada masa yang sama tidak mahu mengulangi kesilapan di kejohanan Hellas, Greece penghujung Ogos lalu, dimana mereka hanya berakai di peringkat separuh akhir sebelum tewas kepada satu lagi pasangan negara, Yap Roy King – Muhd Nurfirdaus Azman.

Jelas Arif, beliau dan Haikal berpuas hati dengan kemenangan yang diraih di Latvia selepas menundukkan gandingan di Republik Czech Ondřej Král-Adam Mendrek, ia bukan bermakna mereka sudah boleh bersenang lenang.

KOMEN WAN MUHD ARID DAN MUHD HAIKAL 

Setiap perancangan akan dibincangkan sesama mereka untuk memberikan yang terbaik dan memastikan perancangan mereka ketika di gelanggang berjalan seperti yang dirancang.

Arif dan Haikal yang juga dikenali dengan bergu ‘patatimo’ (pantai timur) akan memulakan kempen kejohanan Antarabangsa Ukraine berdepan gandingan India Nithin H.V. – Bokka Navaneeth.

Jika berjalan lancar, Arif dan Haikal dijangka bertemu pilihan kedua dari Perancis, Fabian Delrue – William Villeger di peringkat suku akhir.

Selain Arif – Haikal wakil negara yang beraksi antaranya Yap Roy King – Muhd Nurfirdaus Azman, Low Yeen Yuen-Valeree Siow (bergu wanita), Ong Ken Yon, Syaqeem Syahyar, dan Lee Shun Yang yang akan beraksi dalam acara perseorangan lelaki.

 

 

 

 

- Advertisement -