Eric Williams

Oleh Ku Mohd Lufti

Perlawanan diantara Melaka United dengan tuan rumah, Perak tanpa penyokong Sabtu ini bukan satu kelebihan buat pasukan M.U.

Sebaliknya, Ketua Jurulatih Melaka United, Eric Williams menganggap aksi tanpa penyokong adalah sesuatu yang janggal selain membolehkan kedua-dua pasukan lebih fokus kepada strategi dan taktikal yang diterapkan di atas padang.

Malah, beliau beranggapan situasi itu bukan kelebihan ketika menentang The Bos Gaurus bimbingan jurulatih, Karl-Heinz Weigang.

Apa yang lebih penting baginya ialah mengenalpasti pemain-pemain berbahaya pasukan itu  yang mampu memberi ancaman kepada barisan pertahanan khususnya.

“Tumpuan saya adalah pada perancangan dan pemain pemain yang berbahaya lawan. Jika mereka mengubah taktik, begitu juga dengan kami, itu yang penting.

“Dia (Karl-Heinz Weigang) adalah lagenda di Malaysia dan saya teruja untuk menentangnya untuk melihat kemampuan masing masing, tetapi segalanya bukan bergantung daripada jurulatih sahaja, pemain juga menjadi faktor.

“Ianya pasti sukar untuk kami esok dan ujian besar untuk melihat kekuatan, karakter dan mentality pemain pemain saya,” kata Eric.

Melaka United hanya beraksi satu perlawanan dalam aksi Liga Super setakat ini, mencatat keputusan seri ke atas Selangor pada 27 Januari lalu sekaligus menduduki tangga ke lapan, berkongsi satu mata dengan Sarawak dan T Team.

FAM mengenakan hukuman bermain tanpa penyokong ke atas Perak susulan kekecohan penyokong The Bos Gaurus musim lalu sebanyak dua perlawanan.

- Advertisement -