CIMB Classic logoPenampilan sulung di Kejohanan Golf CIMB Classic tampak memberi tuah buat pemain muda negara, Gavin Kyle Green apabila berjaya menutup hari pertama dengan catatan 71 pukulan satu dibawah par sekaligus berada di kedudukan ke 44 bersama 12 lagi pemain yang turut berkongsi catatan yang sama.

Gavin membenam eagle dilubang ke 5 dan empat birdie sepanjang hari namun dikecewakan dengan lima bogey.

“Permulaan saya agak goyah sebelum kembali menemui sentuhan. Saya terus bermain tetapi dikecewakan dengan putting yang kurang kemas kerana gagal membaca green dengan baik.

“Mungkin akibat kepenatan selepas mengharungi perjalanan jauh. Namun catatan bawah par masih baik dan ada tiga pusingan lagi yang perlu dilalui dan saya kekal positif,” kata Gavin.

Olimpian negara itu baru tiba di tanah air Selasa lalu selepas membuat penampilan pertama dalam siri Jelajah PGA di kejohanan Safeway Classic, Amerika Syarikat minggu lepas.

Sementara itu, seorang lagi pemain negara, Danny Chia hambar di hari pertama apabila menutup 18 lubang pertama dengan 77 pukulan lima di atas par.

Meskipun berjaya membenam tiga birdie dilubang ke 3,4 dan 6 namun 6 bogey dan double bogey jelas menceritakan tekanan yang dialami Danny ketika beraksi sepanjang hari pertama.

- Advertisement -