Presiden kelab bolasepak Barcelona, Joan Laporta mengidamkam untuk menggandingkan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi musim depan. Beliau juga bersedia untuk melakukan pertukaran pemain untuk memujuk Juventus bagi melepaskan kapten Portugal itu ke Nou Camp.

 

Manchester City bersedia untuk menawarkan Gabriel Jesus dan Raheem Sterling kepada Tottenham Hotspurs untuk mendapatkan Harry Kane yang dianggarkan bernilai £150 juta. The Citizen sebelum ini menawarkan £100juta kepada Spurs untuk mendapatkan penyerang berusia 27 itu.

 

Bekas pengendali Liverpool, Rafael Banitez hampir pasti dipilih sebagai pengurus baharu Everton dan perlu menjalani beberapa proses rundingan untuk dimuktamadkan. Pemiihannya bagaimanapun mendapat bantahan daripada segelintir penyokong The Toffees.

 

Pertahanan Chelsea, Antonio Rudiger mahu kekal di Stamford Bridge musim depan walaupun belum ada rundingan untuk melanjutkan kontraknya dilakukan memandangkan ia akan tamat tahun depan.

 

 

Bayern Munich, Everton, AC Milan, dan Inter Milan bersaing sengit untuk mendapatkan pemain tengah PSV Eindhoven Denzel Dumfries yang mempamer aksi cemerlang bersama skuad kebangsaan Belanda dalam saingan Euro 2020.

 

Manchester United bersedia untuk menawarkan kontrak dan bayaran gaji paling tinggi dalam EPL kepada pemain tengah, Paul Pogba. Laporan media tempatan mendedahkan pemain berusia 28 tahun itu akan menerima bayaran sekitar £104 juta.

 

Dalam pada itu, Borussia Dortmund menetapkan harga £77 juta termasuk beberapa tambahan lain kepada Man United jika mahu mendapatkan pemain sayap Jadon Sancho.

 

 

Kelab Ligue 1, Paris St Germain telah menghubungi Real Madrid untuk mendapatkan pemain pertahanan antarabangsa Perancis, Raphael Varane.

 

 

Pengurus AS Roma, Jose Mourinho mahu mendapatkan bekas pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos untuk memperkuatkan barisan pertahanan pasukannya musim depan.

 

 

- Advertisement -