• Manchester United berminat untuk mendapatkan pemain tengah Juventus, Aaron Ramsey dan bersedia untuk melepaskan pemain tengah kebangsaa Peranci, Paul Pogba sebagai pertukaran.

 

 

  • Kelab Portugal, Sporting Lisbon membuat laporan kepada FIFA kerana mendakwa kelab Serie A, Sampdoria berhutang 4 juta Pound Sterling yang sepatutnya diterima susulan penghijrahan Bruno Fernandez ke Manchester United pada Januari lalu.

 

  • Kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal mungkin terpaksa melepaskan sekurang kurangnya enam pemain untuk mengekalkan pemain sayap antarabangsa Ivory Coast, Nicolas Pepe yang dibawa dari Lille dengan nilai perpindahan 72 juta Pound.

 

 

  • Pemain sayap Chelsea, Willian dijangka akan kekal di England, namun berhasrat untuk beraksi bersama bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho di White Hart Lane selepas kontraknya bersama Chelsea tamat pada Jun

 

 

  • Manchester City berminat untuk membawa masuk pemain River Plate, Lucaz Martinez Quarta bagi menggantikan Nicolas Otamendi yang berhasrat meninggalkan Stadium Etihad.

 

 

 

  • Juventus, Chelsea dan Manchester United berusaha untuk mendapatkan pemain sayap antarabangsa Itali, Federico Chiesa yang beraksi bersama kelab Fiorentina.

 

 

 

  • Impian Everton untuk mendapatkan pemain tengah Napoli, Allen mungkin terkubur selepas kelab itu menegaskan harga 65 juta Pound tidak akan diturunkan walaupun dunia dilanda wabak Covid 19. Situasi yang sama turut melanda Liverpool yang mahu mendapatkan Kalidou Koulibaly dengan nilai perpindahan 95 juta Pound.

 

  • Penyerang sensasi Paris St Germain, Kylian Mbappe memberi bayangan mahu meninggalkan gergasi Ligue 1 itu dengan harapan akan menyertai kelab ternama di Eropah.

 

 

  • Penyerang Juventus, Gonzalo Higuain belum pasti untuk kembali semula ke Argentina dan bersama kelab asalnya, River Plate yang berhasrat untuk mendapatkan khidmatnya.

 

 

- Advertisement -