football.rain.42

Oleh Ku Mohd Lufti

Impian skuad bolasepak bawah 22 tahun negara untuk melakar kemenangan kerika menentang skuad Bawah 22 Tahun tidak kesampaian apabila tewas 1-2 pada perlawanan persahabatan antarabangsa petang tadi di Stadium UiTM, Shah Alam.

Selepas melakar keputusan seri tanpa jaringan pada perlawanan pertama di Stadium Shah Alam, Frank Bernhardt melakukan perubahan terhadap senarai kesebelasan utama selepas Matthew Davies antara yang dipanggil untuk menjalani latihan bersama skuad senior negara.

Separuh masa pertama bagaimanapun berakhir tanpa sebarang jaringan meskipun kedua dua pasukan berpeluang untuk mencipta gol.

Bahrain terlebih dahulu membuka tirai gol diminit ke 53 menerusi Hazza Ali Mubarak selepas bijak menyudahkan hantaran rakan sepasukan.

Kedudukan itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila pemain gantian S Kumaahran bijak mencari ruang untuk menolak masuk bola hantaran silang Nur Syahmie Iszuan Amin.

Tatkala kedua dua pasukan bakal pulang dengan keputusan seri, kesilapan kapten skuad kendalian Frank Bernhardt, Mohd Faris Shah mengasari Ibrahim Malood di dalam kotak penalti sekaligus memberikan sepakan penati kepada skuad bawah 22 tahun Bahrain.

Hazza Ali tidak berdepan masalah untuk menewaskan penjaga gol negara mohd Haziq Nadzli untuk menceriakan kem kendalian Marjan Eid ketika perlawanan memasuki masa tambahan.

Kekalahan itu jelas mengecewakan Bernhardt, malah, dua gol tersebut datangnya daripada kesilapan individu.

“Kami tidak sepatutnya tewas dalam perlawanan ini tetapi kesalahan individu telah menghukum pasukan kami dan saya katakan mereka tidak bermain sebaik perlawanan pertama mereka.

“Saya tidak panik dengan kekalahan ini tetapi ia merupakan ujian yang baik untuk pemain sebelum beraksi di Sukan SEA tahun depan,” kata Frank Bernhardt.

- Advertisement -