Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memberikan bantuan sebaik mungkin kepada pasukan e sukan Malaysia AirAsia Saiyan untuk menyaman penganjur Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC), RevivalTV.

Pasukan AirAsia Saiyan yang beraksi di kejohanan ini berdepan pasukan Aerowolf Pro bagaimanapun dimanipulasi oleh pihak penganjur apabila slot separuh akhir yang sepatutnya menjadi milik mereka dinafikan disaat saat akhir.

Menteri KBS, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjelaksan tindakan yang dilakukan oleh pasukan Malaysia AirAsia Saiyan menarik diri daripada meneruskan kejohanan itu sebagai tanda protes diatas ketidak adilan oleh penganjur.

“Pagi tadi, KBS telahpun mengadakan pertemuan dengan wakil E Sport Malaysia (ESM). Melalui ESM melalui Persekutuan E Sukan Antarabangsa (IeSF) akan cuba mencari titik pertemuan untuk menyelesaikan masalah ini.

“Jika AirAsia Saiyan tetap mengambil pendirian untuk menyaman, ESM sebagai wakil sukan-e di Malaysia akan bertemu dengan wakil persatuan e-sukan di sana,”kata Syed Saddiq

Jelas penasihat pasukan AirAsia Saiyan, Simon Lim, tiada apa yang perlu dirisaukan oleh pasukan AirAsia Saiyan kerana tindakan undang undang yang akan diambil ke atas RevivalTV tidak akan menjejaskan karier peserta pasukan itu.

“Tiada tindakan susulan yang bakal dikenakan samada penggantungan daripada menyertai kejohanan akan datang,”kata Simon.

Kejohanan MSC yang berlangsung sejak 27 Julai lalu disertai 10 pasukan terbaik Asia Tenggara dan menawarkan hadiah wang terkumpul melebihi RM400,000.

AirAsia Saiyan merupakan wakil tunggal daripada Malaysia dan terdiri daripada enam anak muda berbakat besar iaitu Ahmad Fuad ‘Fredo’ Razali Andi Alfian ‘Gripex’ Firman, Herwin ‘Rush’ Baharuddin, Abdul Wandi, ‘Logan’ Abdul Kadir, Sofian ‘Penjahat’ Sultan dan Mohd Faris ‘Soloz’ Zakaria 

MSC yang memasuki edisi kedua tahun ini, dilihat sebagai salah sebuah kejohanan terbesar e-sukan mudah alih di rantau ini.

- Advertisement -