psawwc-final.Sherbini

Sherbini

Oleh Ku Mohd Lufti

Kejohanan Skuasy Wanita Dunia 2015 menyaksikan kejutan dilakar pemain berusia 20 tahun dari Mesir Nour El Sherbini apabila menundukkan pemain nombor satu dunia, Laura Massaro sekaligus muncul juara.

Namun laluan untuk muncul juara tidak diberikan dengan mudah oleh Laura Massaro apabila dipaksa beraksi 5 set.

Sherbini gagal membaca gerakan Massaro di sua set pertama sekaligus akur untuk tewas 6-11, 4-11.

Ketika Laura Massaro seakan akan yakin mampu melakar kemenangan di set ketiga, Sherbini mula bermain lebih aggresif untuk merampas dua set berikutnya 11-3,11-5.

Di Set penentuan, Sherbini terus mendominasi permainan dan mendahului 7-4 pada satu ketika.

Namun Laura Massaro enggan menyerah kalah dan merapatkan jurang sekaligus mengikat kedudukan 8 sama selepas itu.

Menyedari lawannya semakin kepenatan, Sherbini bermain rali panjang sebelum memerangkap Massaro menerusi drop shot untuk menutup set penentuan dengan kemenangan 11-8.

Kemenangan ini membuka sejarah baru buat negara Mesir apabila Nour El Sherbini muncul pemenang kejohanan dunia yang pertama dari negara itu.

Malah, Nour El Sherbini memadamkan rekod sebagai pemain termuda memenangi kejohanan ini daripada lagenda New Zealand, Susan Devoy yang memenangi gelaran dunia di usia 21 tahun pada 1985.

“Saya gembira untuk memenangi kejohanan ini walaupun ketinggalan 2-0. Tetapi jurulatih saya, Shabana berkata, pergi ke gelanggang dan beri tumpuan kepada perlawanan.”

“Saya kembali tenang dan menumpukan permainan dan tidak menyerah kalah. Saya juga bangga menjadi pemain Mesir pertama memenangi kejohanan ini,” kata Nour El Sherbini.

Selaku juara, Sherbini membawa pulang wang tunai lebih 100 ribu ringgit.

- Advertisement -