tmj

Oleh Ku Mohd Lufti

Isu melibatkan pen drive yang diserahkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar masih belum menemui titik penyudah walaupun sudah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2 September lalu.

Malah, SPRM hari ini menerusi kenyataan media oleh Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azman Ali mengesahkan kandungan pemcau pena, (Thumb Drive) yang diseragkan kepada pihaknya tidak mengandungi sebarang unsur rasuah.

Khairy menjelaskan, penyerahan pendrive kepada pihak SPRM bukan bukan atas sebab campur tangan daripada pihak kerajaan.

Malah ini adalah undang undang yang sedia ada  dan perlu dipatuhi mana mana persatuan di Malaysia dimana andai wujud tuduhan salah laku, ia perlu disiasat oleh pihak berkuasa.

“Apabila terdapat tanggapan dan andaian bahawa wujudnya rasuah yang menjadi jenayah di negara ini, ia tidak boleh diselesaikan oleh ahli gabungan (FAM)… ia tidak boleh dianggap sebagai campur tangan kerana ia andaian berkaitan rasuah, yang melibatkan persepsi awam.

“Untuk membolehkan kami mengesahkan tiada bukti rasuah dalam persatuan itu, maka saya perlu serah kepada SPRM. Campur tangan kerajaan maksudnya campur tangan dalam pemilihan FAM, polisi, pengurusan dan sebagainya,” kata Khairy Jamaluddin.

Beliau mengulas tentang kenyataan bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Peter Vellapan yang mahu Khairy berhati hati kerana boleh dianggap sebagai campur tangan kerajaan.

Khairy menyerahkan pemacu pena tersebut yang didakwa mempunyai laporan sebanyak 279 halaman kepada SPRM pada Jumaat lalu, selepas menerimanya daripada Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 26 Ogos lepas.

- Advertisement -