


SMK Ibrahim Fikri, Terengganu masih belum mahu megangkat bendera putih dalam misi untuk layak ke peringkat suku akhir kejohanan bolasepak Liga Piala Menteri Pendidikan Malaysia Bawah 14 Tahun 2025 dengan rakan strategik 100PLUS.
Dengan baki dua perlawanan, tiada ruang buat anak didiknya untuk melakukan kesilapan jika mahu merealisasikan Impian untuk ke suku akhir.
Jelas pengendali SMK Ibrahim Fikri, Ahmad Shahiruddin Abd Manan, masih ada beberapa perkara yang perlu ditambah baik dalam baki dua perlawanan akan datang dan tiada ruang untuk mereka melepaskan mata.
“Kita perlu perkemaskan bahagian pertahanan kerana sedikit kesilapan kecil yang akan memberi padah kepada kami.
Bahagian serangan juga perlu diperbaiki kerana kami menghadapi masalah penyudah sebelum ini tetapi kini ia menunjukkan peningkatan,” kata Shahiruddin.
Terdahulu SMK Ibrahim Fikri melakar kemenangan selesa 3-1 ke atas tuan rumah, SMK Gunung Rapat pada perlawanan yang berlangsung di Ipoh,Perak.
Anak didik Shahiruddin mendahului dua gol menerusi Muhd Rifqi Fitri Mazlan di minit ke 12 dan Muhd Akif Ikhwan Rukman yang meledak gol kedua di minit 21.
Muhd Adib Putra Mohd Parih merapatkan deficit gol 1-2 buat SMK Gunung Rapat di minit 26. Namun Muhd Shahril Izwan Zainuddin memastikan tiga mata menjadi milik SMK Ibrahim Fikri apabila mennjaringkan gol ketiga di minit ke 60.
SMK Ibrahim Fikri kini menghuni tangga kelima Kumpulan A, berkongsi 14 mata dengan SMK Putrajaya Presint 14 (1) yang berada di kedudukan keenam selepas bermain 9 perlawanan dibezakan dengan jumlah jaringan.
Sementara SMK Gunung Rapat menghuni tangga ke 10 Kumpulan A dengan lima mata selepas mengharungi 10 perlawanan.
Lima pasukan teratas Kumpulan A dan tiga pasukan teratas Kumpulan B Liga Piala Menteri Pendidikan Malaysia Bawah 14 Tahun 2025 dengan rakan strategik 100PLUS layak ke peringkat suku akhir bagi merebut Piala Menteri Pendidikan Malaysia Bawah 14 Tahun 2025.
Kedudukan Pasukan – Liga Piala Menteri Pendidikan Malaysia B14
Kumpulan A
1. Akademi Mokhtar Dahari B14 – 22 mata
2. SMK Taman Desa Skudai B14 – 19 mata
3. SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman – 19 mata
4. SMK Seksyen 11 – 17 mata
5. SMK Ibrahim Fikri – 14 mata
6. SMK Putrajaya Presint 14 (1) – 14 mata
Kumpulan B
1. SMK Seri Titiwangsa – 21 mata
2. SMK Tama Desa Skudai B14 B – 19 mata
3. SSBJ – 19 mata
4. SMK Bukit Nenas – 18 mata
5. SMK Putera – 16 mata
6. Akademi Mokhtar Dahari B13 – 15 mata































