Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix

Tiga pelumba negara yang beraksi di Moto3 di Litar Antarabangsa Sepang bakal memulakan perlumbaan esok dikelompok tengah. Pelumba terbaik negara milik Adam Norrodin daripada pasukan Driver M7 SIC Racing yang melakar masa 2 minit 28.965 saat untuk berada di kedudukan ke 18 terbaik.

Susulan litar yang basah Adam gagal untuk melakat catatan masa ketika sesi latihan bebesa ketiga disebelah pagi, 2 minit 15.845 saat. Seorang lagi pelumba negara, Khairul Adham Pawi turut gagal untuk menceriakan penonton tempatan apabila menamatkan sesi kelayakan di kedudukan ke 20 selepas mencatat masa 2 minit 28.989 saat.

Hafiq Azmi yang beraksi untuk pasukan Peugot MC Saxoprint pula akan memulakan perlumbaan dipetak ke 22 selepas mencatat masa 2 minit 29.334 saat.

- Advertisement -