golf

Oleh Ku Mohd Lufti

Pemain kelahiran Australia, Lachlan Barker menjulang trofi pertamanya selepas muncul juara Kejohanan Golf Terbuka Amatur Malaysia di Kelab Golf Templer, Rawang meskipun pertama kali beraksi di kejohanan ini.

Kemenangan Barker bagaimanapun terpaksa ditenteukan menerusi playoff selepas terikat 287 pukulan, 1 dibawah par dengan pemain Thailand, Wichayanon Chotirunrungrueng selepas empat pusingan.

Barker hampir terlepas peluang untuk muncul juara selepas ketinggalan dua pukulan dibelakang Wichayanon, namun bangkit dengan birdie dipenghujung permainan, sekaligus mengesahkan kejuaraan menerusi Playoff.

“Saya berdebar debar ketika playoff sehingga tidak mampu berkata kata. Saya merasakan peluang untuk menang adalah tipis semalam selepas melihat persembahan Wichayanon,” kata Barker.

Tempat ketiga milik pemain kelahiran Filipina Ruperto Zaragosa yang mencatat par 288 pukulan selepas empat hari.

Pemain terbaik Malaysia milik Amir NAzrin Jailani yang menghuni tangga ke 8 berkongsi kedudukan dengan 4 lagi pemain dengan catatan keseluruhan 291 pukulan 3 diatas par.

Amir Nazrin merupakan pemain negara yang akan mewakili Malaysia untuk menyertai Sukan SEA 2017.

Di Sukan SEA 2015, Singapura, beliau menamatkan acara individu ditempat ke 21 keseluruhan dengan 305 pukulan, 17 di atas par.

Terbuka Amatur Malaysia edisi ke 114 antara kejohanan tertua di dunia, disertai 133 pemain dari 16 negara.

- Advertisement -