Persatuan Hoki Asia hari ini mengumumkan jadual lengkap perlawanan Piala Remaja Asia 2021 yang dijadual berlangsung pada 1 – 10 Julai di Dhaka, Bangladesh

Malaysia kendalian Wallace Tan berada di dalam kumpulan B bersama sama Jepun, China, Uzbekistan dan Singapura.

Manakala kumpulan A terdiri daripada India, Korea Selatan, Pakistan, tuan rumah Bangladesh serta Taiwan.

Malaysia akan memulakan kempen saingan peringkat kumpulan menentang Uzbekistan pada 2 Julai disusuli aksi menentang China pada 4 Julai.

 

KEDUDUKAN PASUKAN DAN JADUAL PERLAWANAN 

*TERTAKLUK KEPADA PINDAAN SEMASA PENGANJUR DAN AHF 

 

- Advertisement -