Razman Roslan pemain pasukan Selangor turut hadir di majlis perlancaran Puma evoPOWER VIGOR 1.

VIGOR 1 kini menjadi koleksi terbaharu bagi siri varian Puma evoPOWER dan di antara kasut bola yang paling jitu dalam kejuruteraan pembuatan pernah dihasilkan oleh Puma. Kasut bola generasi terbaharu ini telah dinaik taraf sepenuhnya dari model-model Puma evoPOWER terdahulu mampu untuk memberikan peningkatan prestasi & keselesaan kepada para pemain bola khususnya Olivier Giroud, Mario Balotelli, Petr Cech dan Marc Bartra yang menjadi duta bagi jenama ini.

Puma Malaysia juga turut menjelaskan bahawa kasut terbaharu ini melibatkan satu penyelidikan teknologi material pembuatan yang terbesar pernah dilakukan dan faktor elemen-elemen prestasi kehendak pemain profesional menjadi keutamaan. Teknologi AccuFoam 3D PU dots juga menjadi faktor keselesaan kepada para pemain yang sebelum ini bermasalah kerana kasut bola yang tidak dapat mengikut lentur pergerakan kaki pemain. Teknologi GripTex di atas lapisan permukaan kasut juga mampu untuk membantu dalam kawalan bola yang lebih mantap.

Dalam satu majlis memperkenalkan Puma evoPOWER VIGOR 1 ini, pemain Selangor Razman Roslan yang menjadi duta produk ini turut mendemonstrasikan tendangan bola menggunakan kasut terbaru ini.

Puma evoPOWER VIGOR 1 kini sudah boleh didapati di kedai sukan Puma seluruh Malaysia pada harga RM789.00.

- Advertisement -