sabah.wmns.team

Oleh Ku Mohd Lufti

Perlawanan pembukaan Kejohanan Bolasepak Wanita Piala Tun Sharifah Rodziah 2016 di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok hari ini menyaksikan naib juara 2015, Sabah menerajui kumpulan A selepas bermula garang, menewaskan Negeri Sembilan 6-0.

Nurul Azurin Mazlan yang juga Pemain Terbaik Perlawanan Akhir edisi tahun lepas, muncul wira Sabah apa bila meledak hatrik.

Jaciah Jumilis, Shereilynn Elly Pilus, dan Usliza Usman masing masing meledak 1 gol untuk melengkapkan kenduri gol Sabah.

Satu lagi perlawanan kumpulan B, jaringan hatrik Siti Rohani Saptu membantu Sarawak kemenangan, menundukkan Perlis 4-0.

Terdahulu, Sarawak membuka tirai gol menerusi Syamimi Ibrahim diminit ke 18.

Manakala Selangor menghuni tangga ketiga selepas melakar kemenangan 3-0 ke atas Angkatan Tentera Malaysia, ATM, Intan Nur Ameelia Amran membuka tirai gol sebelum Zur’ain Kamarudin menambah dua lagi gol.

Sementara itu, saingan Kumpulan B, Kuala Lumpur mencatat kemenangan mudah menentang Pulau Pinang 5-0 untuk mengungguli carta.

Farahiyah Muhamad Ridzuan dan Masyita Mohd Tajib masing-masing meledak dua gol buat pasukan bimbingan Rozmin Musa.

Juara 2015, MISC turut meraih tiga mata selepas membelasah Perak 4-0 manakala Kedah mengutip tiga mata apabila menewaskan Pahang 3-1 di Padang 3.

  

KEPUTUSAN PERLAWANAN 7 APRIL

 

KUMPULAN A

 

NEGERI SEMBILAN 0

SABAH 6

Nurul Azurin Mazlan 3’ 18’ 23’

Jaciah Jumilis 12’

Shereilynn Elly Pilus 37’

Usliza Usman 53’

 

SARAWAK 4

Syamimi Ibrahim 18’

Siti Rohani Saptu 24’ 28’ 65’

PERLIS 0

 

ATM 0

SELANGOR 3

Intan Nur Ameelia Amran 20’

Zur’ain Kamarudin 32’ 49’

 

KUMPULAN B

 

PERAK 0

MISC 4

Haindee Mosroh 17’

Dadree Rofinus 20’

Sihaya Ajad 28’

Pedrolia Martin Sikayun 62’

 

PULAU PINANG 0

KUALA LUMPUR 5

Siti Nur Azzati Shaik Maznan (gol sendiri) 16’  

Farahiyah Muhamad Ridzuan 24’ 70’

Masyita Mohd Tajib 37’ 59’

 

PAHANG 1

Shafikah Mohammad Sharum 12’

KEDAH 3

Nurul Izzati Zainol 27’ 41’

Noor Hartini Jasni 35’ 

- Advertisement -