marcelo.serpa
Marcelo Serpa

Berikut senarai nama 17 pemain yang dipanggil ketua jurulatih skuad futsal lelaki kebangsaan, Marcelo Serpa untuk kem latihan pusat di Shah Alam dari 2 hingga 12 Disember dan perlawanan persahabatan di Doha, Qatar dari 12 hingga 17 Disember ini.

  NAMA UMUR PASUKAN
1 AHMAD FAWZUL HADZIR 28 FELDA UNITED
2 SAIFUL NIZAM MOHAMAD ALI 24 FELDA UNITED
3 AZRUL HADEE MOHD TAUFIQ 28 FELDA UNITED
4 MUHAMMAD FITRI MUHAMMAD YATIM 27 FELDA UNITED
5 MUHAMMAD AKMAL YAZADH AMRI 26 FELDA UNITED
6 MOHD AZWAN ISMAIL 23 FELDA UNITED
7 MOHD FAISAL SAHARUDIN 25 KUALA LUMPUR MK
8 MUHAMMAD SHAMAR FADZIL 22 MELAKA
9 AMAR ASHRAF ABU BAKAR 27 KEDAH
10 MOHD FIRDAUS RAZALI 31 MPSJ
11 SYED AIZAD DANIEL SYED NASIR 19 MPSJ
12 MUHAMMAD AFIF ASYRAF MUHD HALIL 21 MPSJ
13 SAIFUL AULA AHMAD 23 SELANGOR
14 KHAIRUL EFFENDY MOHD BAHRIN 28 SELANGOR
15 AKMARULNIZAM MOHD IDRIS 24 PAHANG
16 MOHD AFIQ ABDUL RAHMAN 24 PAHANG
17 MOHD RIDZWAN BAKRI 21 SABAH

Skuad negara telah menerima jemputan untuk dua perlawanan persahabatan menentang skuad kebangsaan Qatar di Doha pada 14 dan 16 Disember ini.

Bagi kem latihan pusat kali ini, Marcelo menyenaraikan 12 daripada 16 pemain dari skuad yang menduduki tempat ketiga pada Kejuaraan Futsal AFF 2015 di Bangkok, Thailand, 16 Oktober lalu.

Empat pemain yang digugurkan ialah penjaga gol Mohd Noor Azrin Adnan, Muhammad Shamsul Akmar Zamri, Abu Haniffa Hassan dan Qaiser Heshaam Abdul Kadir.

Untuk melengkapkan senarai 17 pemain bagi kem kali ini, Marcelo memanggil lima muka baharu terdiri daripada penjaga gol Mohd Afiq Abdul Rahman dari Pahang, Mohd Azwan Ismail (Felda United), Mohd Faisal Saharudin (Kuala Lumpur MK), Amar Ashraf Abu Bakar (Kedah) dan Muhammad Afif Asyraf Muhd Halil (MPSJ).

Kem latihan dan perlawanan persahabatan ini sebagai persiapan awal skuad negara untuk menghadapi Kejuaraan Futsal AFC 2016 di Uzbekistan dari 10 hingga 21 Februari 2016.

 Selepas pulang dari Doha pada 17 Disember ini, skuad negara akan kembali berkumpul untuk kem latihan pusat seterusnya mulai 4 Januari 2016.

 

KOMEN KETUA JURULATIH FUTSAL LELAKI MALAYSIA, MARCELO SERPA 

“Saya tidak menyenaraikan Abu Haniffa kerana dia akan melangsungkan perkahwinan ketika kita beraksi pada Kejuaraan Futsal AFC pada Februari depan. Shamsul Akmar dan Qaiser Heshaam masih ada dalam perancangan, cuma untuk panggilan kali ini saya mahu mencuba beberapa pemain lain.

“Mohd Noor Azrin pula tidak disenaraikan kerana saya ingin mencuba penjaga gol baharu, Mohd Afiq yang kali pertama dipanggil ke kem latihan skuad kebangsaan.

“Kami menerima pelawaan Qatar untuk dua perlawanan persahabatan ini memandangkan mereka turut layak ke Kejuaraan Futsal AFC. Qatar sebuah pasukan yang semakin meningkat naik dan bagus untuk menjadi ujian terbaik buat skuad negara.”

- Advertisement -