leong-jun-hao
Leong Jun Hao

Oleh Muhammad Aiman

Mara ke separuh akhir bagi acara berpasukan campuran di Kejohanan Remaja Dunia yang membuka tirainya di Bilbao, Sepanyol hari ini dianggap sebagai sasaran realistik oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Malaysia bakal turun sebagai pilihan kelapan dan Pengurus Pembangunan BAM, Kwan Yoke Meng berkata pasukan negara diketuai Goh Jin Wei mempunyai keupayaan untuk memperbaiki pencapaian menduduki tempat kelima di Peru tahun lalu.

ā€œKita mendapat undian yang boleh dikatakan mudah dan tidak akan berdepan pilihan utama China sehingga ke perlawanan akhir. Ianya sama ada Indonesia atau Korea Selatan di suku akhir, dan Thailand di separuh akhir.

ā€œKita mempunyai peluang berdepan pasukan-pasukan ini. Kita mempunyai sebuah skuad mantap dan saya percaya pemain akan memberikan yang terbaik,ā€ kata Yoke Meng.

Acara berpasukan akan berlangsung dari 2 ā€“ 6 November dengan Malaysia akan membuka cabaran Kumpulan E1 dengan menentang Zambia pada Rabu, diikuti Mexico pada Khamis.

Jin Wei dan rakan sepasukan dijangka tidak bermasalah untuk mengungguli peringkat kumpulan dan berkemungkinan besar berdepan Republik Czech di pusingan 16 terbaik bagi mencari tempat di suku akhir.

Sementara itu, sasaran sama diletakkan BAM bagi acara perseorangan lelaki dan wanita serta beregu lelaki meskipun Jin Wei merupakan juara bertahan bagi acara perseorangan wanita ā€“ pemain itu muncul juara setelah menewaskan rakan senegara Lee Ying Ying dalam aksi final di Peru.Ā Ā 

ā€œKita tidak mahu beri terlalu banyak tekanan dan letakkan harapan tinggi ke atas Jin Wei, cukup hanya mara ke separuh akhir terlebih dahulu dan kemudian kita akan nilai semula peluang kita,ā€ tambah Yoke Meng.

Selain Jin Wei (gambar utama), Malaysia menyenaraikan Lee Zii Jia, Leong Jun Hao dan Sim Fong Hao bagi perseorangan lelaki, Soh Wooi Yik-Ooi Zi Heng, Hoo Pang Ron-Ameer Amri Zainuddin, Chen Tan Jie-Man Wei Chong (beregu lelaki), M.Thinaah (perseorangan wanita) dan Toh Ee Wei-Pearly Tan (beregu wanita).

- Advertisement -