Setiausaha Agung Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Thomas Lund mengesahkan beliau positif jangkitan Covid 19.

Perkara tersebut disahkan menerusi kenyataan media BWF semalam.

Thomas Lund didapati positif pada Khamis 10 Disember lalu. Namun beliau mengesahkan dalam keadaan stabil dan sedang menjalani proses kuarantin kendiri di kediamannya di Denmark.

“Proses mengenalpasti kontak rapat yang berkaitan dengan saya sedang dilakukan dan prosedur operasi standard (SOP) yang bersesuaian sedang dilaksanakan.

“Saya bernasib baik kerana jumlah yang berhubung secara terus adalah sedikit dan kebanyakkan pertemuan adalah menerusi sidang maya,”kata Thomas.

Tugas hariannya akan dilakukan di rumah sehingga tempoh kuarantinnya selesai.

- Advertisement -