Tiga kejohanan jelajah berbasikal terkemuka di dunia, Tour de France, Vuelta á Espana dan Giro d’ Italia dijangka akan diadakan pada Ogos, September dan Oktober.

Laporan media antarabangsa, jelajah berstatus Grand Tour, akan bermula dengan Tour de France yang dijangka diadakan pada 2 – 25 Ogos berbanding tarikh asal 27 Jun hingga 19 Julai.

Manakala Vuelta dianjak ke Sptember berbanding Ogos manakala Giro d’ Italia dijangka diadakan pada bukan Oktrober berbanding Mei.

Belum dapat dipastikan bagaimana kaedah perlumbaan yang akan dilangsung bagi ketiga tiga perlumbaan ini.

Dalam kalender berbasikal, Kejuaraan Dunia yang akan berlangsung di Aigle-Martigby, Switzerland bermula 20 – 27 September sekaligus menimbulkan persoalan tentang status penyertaan pelumba pelumba di kejohanan ini.

Presiden Perancis, Enmanuel Macron juga memaklumkan tiada sebarang acara yang nelibatkan perhimpunan besar di negara itu paling awal sehingga pertengahan Julai.

Pengumuman itu sekaligus menguatkan spekulasi penganjuran Tour de France mungkin tidak dapat dilangsungkan pada bukan Jun atau Julai seperti yang dirancang.

Penganjur bagi tiga kejohanan Grand Tour itu diaporkan bersetuju dengan tarikh baru yang telah dicadangkan namun Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) atau wakil penganjur belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Keputusan muktamad berhubung tarikh baru penganjuran perlumbaan ini juga bergantung kepada sejauh mana penularan pandemic Covid 19 yang sedang menular di seluruh dunia ketika ini.

- Advertisement -