Misi untuk memburu pingat pertama negara di pentas Olimpik Tokyo 2020 dihidupkan semula penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri yang mengesahkan slot ke final acara 3M papan anjal wanita individu hari ini.

Dhabitah antara 18 penerjun yang mengesahkan slot ke peringkat separuh perlu menamatkan saingan dikedudukan 12 terbaik untuk mengesahkan slot ke pusingan final.

Penerjun berusia 22 tahun ini menggunakan 5 terjunan pada darjah kesukaran 3.0 dan satu terjunan dengan darjah kesukaran 3.1 nyata membuahkan hasil apabila terjunan dan entry yang dilakukan memastikan namanya berada di kedudukan keenam keseluruhan dengan catatan keseluruhan 312.60 mata.

Dua penerjun China, Shi Tingmao yang juga juara bertahan dan Wang Han mendominasi dua kedudukan teratas sekaligus memberi bayangan awal bakal mendominasi pungutan pingat.

Ting Mao dan Wang Han telah menyumbang emas untuk China menerusi 3m papan anjal seirama Ahad lepas.

 

- Advertisement -