Badan induk bolasepak Eropah, UEFA mengesahkan tidak akan mengguna pakai lagi peraturan jaringan ditempat lawan berkuat kuasa musim baharu kelak.

Peraturan yang telah digunakan sejak tahun 1965 dimana pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol ketika beraksi ditempat lawan akan memiliki kelebihan dalam mana mana pertandingan yang menggunakan format timbal balik.

UEFA menetapkan, jika kedua dua pasukan terikat secara aggregat, perlawanan masa tambahan akan dilangsungkan untuk menentukan pemenang.

Presiden UEFA, Aleksander Ceferin melihat peraturan jaringan ditempat lawan ini tidak lagi sesuai.

 

- Advertisement -