Presiden Persatuan Boling Padang Malaysia (PLBM), Datoā€™ Wan Nawawi Wan Ismail optimis pasukan boling padang negara mempunyai keupayaan untuk mencapai sasaran memenangi empat pingat emas di temasya Sukan Sea Kuala Lumpur 2017, Ogos depan.

Menurut Wan Nawawi, PLBM mengharapkan dua emas masing-masing dari kategori lelaki dan wanita justeru mereka telahpun menyenaraikan barisan pemain terbaik untuk mengalas cabaran termasuklah atlet paling senior, Nor Hashimah Ismail yang berusia 46 tahun.

ā€œKeyakinan kita didorong oleh beberapa keputusan baik yang kita catat dalam beberapa siri kejohanan yang disertai. Terbaru, kita balik dari Kejohanan Multi Nation di Australia dan menduduki tempat ketiga dari enam negara.

ā€œPrestasi pemain semakin meningkat dan ini memberi keyakinan bahawa pemain dapat hasilkan sesuatu di KL 2017,ā€ kata Wan Nawawi setelah mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PLBM dan Sukan Sea 2017 di ibu negara petang tadi.

Wan Nawawi yang turut meraikan atlet-atlet serta pegawai PLBM dalam Majlis Sambutan Aidilfitri sejurus berakhir mesyuarat tersebut berkata gambaran sebenar mengenai kekuatan pasukan negara akan dapat dinilai ketika berlangsungnya Kejohanan Pra-Sukan Sea di Bukit Kiara dari 22-25 Julai depan.

ā€œSelain menguji ā€˜greenā€™ baru, kita mahu pastikan persiapan teknikal dilaksanakan sebaik mungkin dan di kejohanan itu juga akan ada empat negara mengambil bahagian iaitu Thailand, Singapura, Brunei dan Filipina.

ā€œJadi kita boleh mengukur tahap kemampuan kita walaupun kita tahu mereka mungkin tidak menghantar pasukan sebenar mereka, namun ia boleh dijadikan panduan untuk kita melihat dalaman kita bahawa pasukan kita sudah bersediaā€, ujarnya.

Selain Nor Hashimah yang dijangka bergandingan dengan Nur Fidrah Noh, Nurul Alyani Jamil dan Nur Ain Nabilah Termizi dalam acara Fours, atlet lain disenaraikan PLBM bagi kategori wanita adalah Emma Firyana Saroji (perseorangan), Siti Zalina Ahmad dan Auni Fathiah Kamis (Pairs) serta Zuraini Khalid, Azlina Arshad dan Noorazinda Zakaria (Triple).

Manakala bagi kategori lelaki, cabaran akan digalas oleh Fairus Abd Jabal (perseorangan), Fairul Izwan Abd Muin dan Hizlee Rais (Pairs), Soufi Rusli, Amir Mohammed Yusof dan Syamil Syazwan Ramli (Triple) serta Safuan Said, Zulhilmie Redzuan, Izzat Shameer Dzulkeple dan Daeng Dadyry Dahasry (Fours). – OLEH MUHAMMAD AIMAN

- Advertisement -