denmark-openOleh Ku Mohd Lufti

Pemain perseorangan professional negara, Chong Wei Feng melepasi pusingan kelayakan Kejohanan Badminton Terbuka Denmark.

Pusingan pertama, Wei Feng melakar kemenangan ke atas pemain Denmark, Christian Lind Thomsen dengan keputusan straight set 22-20, 21-18 dalam masa 58 minit untuk mara ke pusingan kedua.

Bertemu pemain kelahiran Norway, Marius Mhyre, Chong Wei Feng bagaimanapun gagal menyaingi rentak permainan lawannya sepanjang dua set.

Biarpun cuba memberi tentangan, Marius Mhyre ternyata lebih tangkas sekaligus menutup set pertama dengan kemenangan 21-15.

Wei Feng semakin tenggelam di set kedua apabila ketinggalan 8-12 dipertengahan set kedua meskipun mendahului diawal saingan.

Tekanan yang semakin memuncak tampak memberi perubahan positif apabila Wei Feng mengikat kedudukan 16 sama untuk terus meninggalkan lawannya sekaligus menang 21-16, memaksa pemenang ditentukan menerusi set penentuan.

Kemenangan di set kedua ternyata mengembalikan semangat Wei Feng yang tidak banyak melakukan kesilapan sekaligus mendahului Marisu Mhyre 10-2.

Marius seakan akan tidak mampu melawan dan akur memberikan kemenangan sekaligue membawa  Wei Feng ke undian utama dengan kemenangan 21-6.

- Advertisement -