pacesetters

The Allianz Pacesetters 4 x 3KM 2016 Relay Run raised RM51, 000 for Down Syndrome through its Kiwanis Pace-It-Forward corporate category. Held at Padang Merbok Car Park on 5 November 2016, the unique run attracted 271 teams of four runners – including 39 corporate teams – in a fun relay race.  

The proceeds from the Kiwanis Pace-It-Forward category which requires required a minimum donation of RM1, 000 per team will be channelled to the Kiwanis Down Syndrome Foundation.

“Allianz has been steadily championing Malaysians to adopt a healthier lifestyle through our sporting initiatives such as the Allianz Pacesetters 4 X 3KM. And we are especially proud of this year’s event as our corporate friends really stepped up with their donation towards raising awareness for Down Syndrome. We believe that everything you strive to achieve goes hand-in-hand with healthy living, team work and a positive outlook on life. And what better way that to advocate that through events like this,” said Susan Ong, Chief Market Management Officer of Allianz Malaysia Berhad.

The Allianz Pacesetters has been an annual event organized by Allianz Malaysia together with renowned running group Pacesetters since 2014.

pacesetters 

Larian Allianz Pacesetters mengumpul sumbangan sejumlah RM51, 000 untuk golongan Sindrom Down

Larian Berganti Allianz Pacesetters 4x3KM 2016 telah mengumpul sumbangan sejumlah RM51, 000 untuk golongan Sindrom Down melalui kategori korporat Kiwanis Pace-It-Forward.

Pada 5 November 2016, acara tersebut yang diadakan di Tempat Letak Kereta Padang Merbok telah menarik seramai 271 pasukan yang terdiri daripada empat orang pelari – termasuk 39 pasukan korporat dalam perlumbaan larian berganti.

Hasil daripada kategori Kiwanis Pace-It-Forward yang memerlukan sumbangan minimum sebanyak RM1, 000 bagi setiap pasukan akan disalurkan kepada Yayasan Kiwanis Down Syndrome.

“Allianz menggalakkan warga Malaysia supaya mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat melalui inisiatif sukan kami seperti Allianz Pacesetters 4X3KM. Dan kami sangat bangga dengan acara tahun ini kerana rakan-rakan korporat kami benar-benar bermurah hati dengan sumbangan mereka ke arah meningkatkan kesedaran untuk golongan Sindrom Down. Kami percaya bahawa usaha ini selari dengan gaya hidup sihat, kerja berpasukan dan pandangan yang positif terhadap kehidupan. Dan tiada cara yang lebih baik untuk menyokong anda selain daripada acara seperti ini,” kata Susan Ong, Ketua Pegawai Pengurusan Pasaran Allianz Malaysia Berhad.

Allianz Pacesetters telah menjadi acara tahunan yang dianjurkan oleh Allianz Malaysia bersama-sama dengan kumpulan larian terkenal Pacesetters sejak 2014.

- Advertisement -