Anthony Sinisuka Ginting adalah pemain badminton kelahiran Indonesia (lahir pada 20 Oktober 1996) mula memberi saingan pertama dalam BWF Superseries pada 2015
Anthony Sinisuka Ginting adalah pemain badminton kelahiran Indonesia (lahir pada 20 Oktober 1996) mula memberi saingan pertama dalam BWF Superseries pada 2015. Kredit Foto – BWFBadminton.com

Pemain ranking kedua dunia, Chen Long hampir berpeluang untuk menamatkan kedudukan Datuk Lee Chong Wei yang kembali memegang gelaran pemain ranking pertama dunia kurang 24 jam.

Pemain perseorangan China itu bagaimanapun dikejutkan dengan kekalahan kepada pemain muda dari Indonesia, Anthony Ginting dengan keputusan straight set 21-14, 21-17.

Berdasarkan ranking baru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia, BWF semalam, Datuk Lee Chong Wei mengumpul 94 453 mata, mengatasi Chen Long dengan kelebihan 5 509 mata.

Berdasarkan pungutan mata mengikutkedudukan di kejohanan yang dikeluarkan oleh BWF, Chen Long meraih 5040 mata selepas mara sehingga suku akhir di kejohanan Terbuka Australia yang merupakan kejohanan bertaraf Superseries terakhir sebelum disambung semula selepas tamat Sukan Olimpik 2016.

Ini bermakna, Chen Long yang diletak selaku pilihan pertama kejohanan kurang 469 mata untuk memintas Chong Wei di di bumi Sydney, Australia.

- Advertisement -