Empat pasukan mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir kejohanan bolasepak Liga Piala Menteri Pendidikan Malaysia Bawah 14 Tahun 2025 dengan rakan strategik 100PLUS selepas melakar kemenangan ke atas lawan masing masing di suku akhir yang berlangsung Rabu.

 Di Serdang, jaringan tunggal Muhd Danish Md Nasir memastikan SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Sekolah Sukan Bukit Jalil sekaligus mara ke peringkat separuh akhir. Tiaga lagi pasukan mengikuti jejak SMK Tunku Anum Tunku Abd Rahman mara ke peringkat separuh akhir adalah SMK Seksyen 11, Shah Alam, Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Bawah 14 Tahun dan SMK Taman Desa Skudai Bawah 14 Tahun. SMK Seksyen 11 melakar kemenangan 2-0 ke atas SMK Seri Titiwangsa hasil jaringan Syed Shahir Aidil Syed Zahabi dan Abdul Muiz Adli Hafzil Adli sementara hatrik Muhd Iman Luthfi Zairol Hisham memastikan AMD B-14 membenam SMK Ibrahim Fikri 4-1. Satu lagi gol AMD B-14 disumbang Ahmad Muzakkif Fitri Muhamad manakala gol saguhati SMK Ibrahim Fikri dijaringkan Amir Shami Sazale Dua  gol oleh Muhd Farish Haqiemi Muhd Azharuddin memastikan SMK Taman Desa Skudai Bawah 14 melakar kemenangan 2-0 ke atas SMK Putera sekaligus melengkapkan jadual separuh akhir yang dijadual berlangsung pada 15 Oktober 2025 KEPUTUSAN PERLAWANAN SUKU AKHIR SMK SEKSYEN 11              2SMK SERI TITIWANGSA   0 SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL                          0SMK TUNKU ANUM TUNKU ABD RAHMAN      1 AKADEMI MOKHTAR DAHARI B-14       4SMK IBRAHIM FIKRI                                  1 SMK TAMAN DESA SKUDAI B-14           2SMK PUTERA                                              0

- Advertisement -