Status perpindahan penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin terjawab selepas Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mengesahkan beliau akan berhijrah ke Belgium untuk bersama kelab KV Kortrijk.

Pengumuman itu dibuat menerusi laman web rasmi FA Selangor selepas proses dokumentasi yang diluluskan.

“Berkenaan situasi Luqman Hakim Shamsudin, kami dengan ini secara rasmi mengesahkan bahawa persetujuan telah dicapai di antara FA Selangor dan K.V. Kortrijk untuk perpindahan Luqman Hakim dari Selangor.

“Luqman akan terbang ke Belgium untuk bersama dengan kelab tersebut selepas segala dokumentasi telah diproses dan diluluskan.

 

“FAS percaya pendedahan di luar Malaysia adalah apa yang diperlukan Luqman ketika ini untuk maju ke peringkat seterusnya dalam karier profesionalnya,” kata FAS

Bakat dan pencapaiannya ketika bersama skuad B16 tahun negara menyaksikan Luqman berada di dalam senarai sebagai salah satu bakat terbesar negara oleh Goal Malaysia dalam senarai NxGn 2020

Pemain berusia 18 tahun itu dinobatkan sebagai salah satu bakat terbesar negara oleh Goal Malaysia dalam senarai NxGn 2020.

 

 

- Advertisement -