Tatkala media di Thailand melaporkan kegagalan tuan rumah Sukan SEA ke 29, Kuala Lumpur yang meraih kutipan pingat emas tertinggi, dengan 145 pingat, Perdana Menteri Thailand, Gen Prayut Chan –O-Cha berfikiran sebaliknya.

Senario yang berlaku dianggap sebagai perkara normal bukan sahaja di Malaysia, bahkan di setiap negara penganjur lain kerana tuan rumah sudah melakukan persiapan yang lebih awal dan rapi.

Malah beliau menambah, persatuan sukan di Thailand masih lagi ditakuk lama susulan dirudum masalah dalaman yang masih belum diselesaikan.

“Negara penganjur akan mendapat pingat emas yang lebih berba nding negara negara lain dan ianya adalah perkara normal kerana mereka telah bersedia lebih awal.

“Situasi yang sama berlaku pada kita (Thailand) ketika menjadi tuan rumah dan menyusun sukan yang akan dipertandingkan,” kata Prayut.

Ketika berucap di pejabatnya di Bangkok, beliau berbangga dengan pencapaian kontinjen Thailand meskipun menamatkan saingan di kedudukan kedua dalam pungutan pingat keseluruhan di belakang Malaysia sekaligus gagal mempertahankan status sebagai juara keseluruhan seperti dua tahun lalu.

“Saya gembira kerana kita berjaya menamatkan kedudukan di tempat kedua walaupun kami mensasarkan untuk berada dikedudukan teratas,”katanya lagi.

Kenyataan daripada Prayut susulan kritikan negative terhadap mutu penganjuran dan kualiti dariapda tuan rumah Sukan SEA ke 29 oleh media media dan peminat sukan tempatan.

Selain masalah kekurangan makanan, masalah pengangkutan untuk atlet, mereka turut mengkritik penganjur Malaysia kerana tidak mempunyai semangat kesukanan, malah menggelar Sukan SEA Kuala Lumpur dengan panggilan ‘SEA Kong’ atau (SEA Cheating).

Disebalik laporan media tempatan yang bersifat mengkritik, akhbar tempatan berbahasa inggeris, The Nation, melaporkan tentang pencapaian Thailand ketika di Sukan SEA Kuala Lumpur.

Laporan akhbar tersebut mempersoalkan tentang prestasi hambar kontinjen itu berbanding memberi penumpouan terhadap kualiti penganjuran tuan rumah Sukan SEA ke 29.

Penerbit The Nation menyifatkan pengurusan sukan Thailand menjadi punca kegagalan ketika di Sukan SEA Kuala Lumpur.

Memetik laporan akhbar tersebut, “Di Kuala Lumpur 2017, Thailand gagal di sukan antarabangsa . Dengan kata lain, jika sukan tradisional tidak dimasukkan di dalam senarai kedudukan pingat, Thailand akan ketinggalan berbanding Malaysia, Singapura dan Vietnam.”

Ketiadaan sukan sukan tradisional di Sukan SEA dijadikan sebagai alasan mereka hilang status sebagai kuasa besar kepada Malaysia, malah akhbar tersebut beprendapat, ia tidak lagi boleh digunakan pada masa kini.

- Advertisement -