Institut Sukan Negara (ISN) memperluaskan sistem hubungan dua hala dalam membantu untuk mempetingkatkan kualiti atlet negara menerusi kajian dan pembangunan khususnya dalam aspek sains sukan.

Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Datuk Dr Khairi Zawi menjelaskan gabungan diantara pihaknya dan syarikat pengeluar minuman kultur, Yakult Malaysia serta Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Monash Uinversity Malaysia serta UMP Consultancy & Training Sdn Bhd dilihat sebagai salajh satu langkah terbaik untuk mencari kaedah terbaik meningkatkan mutu atlet negara.

Kerjasama diantara UMP Consultancy & Training Sdn Bhd menumpukan pembangunan perisian ISN Sports Talent Compass, sistem pintar yang mampu merekodkan sehingga 500 000 peserta dan membantu dalam meramalkan potensi atlet atlet di dalam sukan tertentu.

“Antara sukan yang disarankan untuk menggunakan perisian ISN SPORTS TALENT COMPASS ialah ragbi, sepak takraw, menembak, memanah, bola sepak, gimnastik, renang, dan olahraga,”kata Khairi.

Yakult Malaysia pula menjadi penaja rasmi minuman probiotik sebanyak 10 000 botol untuk atlet negara selama 3 tahun dengan nilai tajaan berjumlah RM 94 000 bermula )gos 2017 sehingga 2020.

“Penajaan sangat dialu-alukan dan ia akan memberi manfaat kepada atlet kebangsaan.

“Melalui penajaan ini, ia menunjukkan bahawa Yakult Malaysia akan terus memperluaskan inisiatif sosial korporatnya khususnya kepada atlet kebangsaan dan kepada semua rakyat malaysia dari segi kesihatan dan sukan” katanya lagi.

Datuk Dr Khairi hadir menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) diantara Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN) Dato’ Seri Azim Mohd Zabidi dengan Pengarah Urusan Yakult Malaysia Hamada Hiroshi serta Presiden UMP Consultancy & Ttraining Sdn. Bhd Andrew Walker, dan Naib Pro-Canselor UMP, Profesor Dr. Zahari Taha., dan atlet-atlet negara. – OLEH NADHIRAH ZULKIFLI

- Advertisement -